KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira jam 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS.
Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, himpunan itu bagi mendesak rejim zionis Israel menghentikan tindakan zalim terhadap rakyat Palestin.
"Himpunan kali kedua ini dibuat setelah rejim zionis semakin ganas dengan mengebom hospital dan membunuh orang tidak bersalah... dan kita berikan mesej ini kepada mereka supaya mereka dapat fahami bahasa kita.
"Kita mahu Palestin itu dibebaskan dan diberikan hak . Israel perlu keluar dari Palestin secara terhormat, kalau tidak kita tak tahu apa akan berlaku," katanya.
Tegas Afnan, pendirian Ahli Parlimen Pas dan Perikatan Nasional (PN) amat jelas menyokong Palestin yang berhak mendapat hak kemerdekaan negara itu.
"Kita sebut secara aman, bersuara secara aman supaya mereka (Israel) memahami bahasa kita. Kita juga perlu memahami umat Islam Palestin dan seluruh dunia mempunyai satu ikatan akidah yang akan mempertahankan Palestin pada bila-bila masa kami diperlukan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam perhimpunan itu pada Sabtu.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati peserta memegang bendera Palestin dan sepanduk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel.
Antara pemimpin politik yang menyertai himpunan ini adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, selain Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.
Lebih 40 anggota polis berkawal sepanjang himpunan itu bagi memastikan keselamatan para peserta perhimpunan.
Bagaimanapun, peserta hanya dibenarkan berhimpun kira-kira 180 meter daripada bangunan Kedutaan AS.
Fareez Azman
Sat Oct 28 2023

Himpunan anjuran Pas itu bermula kira-kira jam 1.45 tengah hari di Jalan Binjai, Persiaran KLCC sebelum bergerak ke Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan AS. - Gambar/ Fitri Zainuri/ Astro AWANI

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.