Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Bharu menyifatkan tindakan beberapa pemimpinnya mengeluarkan kenyataan baru-baru ini mendakwa parti itu dalam keadaan bermasalah, sebagai tindakan jahat untuk merosakkan parti.
Timbalan Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Datuk Wan Rosdi Mat Rasik berkata, mereka yang terlibat akan diambil tindakan selepas Setiausaha Agong parti meneliti laporan yang dikemukakan bahagian itu.
Katanya, laporan tersebut telah dihantar ke PPBM Pusat pada Isnin, hari yang sama beberapa individu itu mengadakan sidang media di sini.
Mereka yang terlibat akan dipanggil dan berdepan tindakan sama ada dipecat atau diberikan amaran.
"Apa yang telah dibuat itu semata-mata perancangan jahat mereka, dalam bentuk, saya fikir, mempunyai hasrat hendak memecahkan parti.
"Sebab, peringkat awal tertubuh parti, kita akan ambil sesiapa sahaja secara rawak," kata Wan Rosdi kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini malam tadi.
"Kita tak jangka. Mereka dari Pas, atau UMNO, boleh jadi masuk Bersatu (PPBM) sebagai perisik, atau samaran. Dan bila terdesak, mereka membuat demikian," tambahnya lagi.
Beliau berkata begitu ketika diminta mengulas tindakan beberapa ahli PPBM Kota Bharu itu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan dalam Pakatan Harapan, terutama Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang dilihat menguasai Pakatan di negeri itu.
Terlibat mengadakan sidang media pada Isnin, ialah Naib Ketua PPBM Kota Bharu Mohd Nor Hashim Che Min, Ketua Armada PPBM Kota Bharu Nik Mohd Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu Normala Ab Kadir.
Kumpulan ini mendakwa, agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak adil dan banyak kelebihan diberikan kepada Parti Amanah Negara serta DAP
Sebaliknya, Wan Rosdi berkata, PPBM Kota Bharu tidak pernah mendengar rungutan dari jawatankuasa parti peringkat bahagian termasuk dari mereka yang terlibat itu sebelum ini.
Beliau mengakui, kemasukan secara rawak ahli PPBM sewaktu pendaftaran menyukarkan kepimpinan mengetahui secara dekat latar belakang mereka yang kadangkala mungkin mempunyai niat untuk merosakkan parti dari dalam.
Menurutnya lagi, pembahagian kerusi melibatkan Parlimen di Kelantan sudah diputuskan dalam mesyuarat Pakatan manakala pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dimuktamadkan.
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 14 2018
![Dakwa parti bermasalah, tindakan berniat jahat - PPBM Kota Bharu Dakwa parti bermasalah, tindakan berniat jahat - PPBM Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518571240_WanRosdi.jpg)
Wan Rosdi berkata, PPBM Kota Bharu tidak pernah mendengar rungutan dari jawatankuasa parti peringkat bahagian termasuk dari mereka yang terlibat itu sebelum ini. Astro AWANI
![Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721813261_RONminyak.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai
Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 25 hingga 31 Julai ini.
![JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau secara aktif lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri itu.
![SAKJ disaran perkasa alumni - Onn Hafiz SAKJ disaran perkasa alumni - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721803875_OnnHafiz.jpg)
SAKJ disaran perkasa alumni - Onn Hafiz
Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) disaran untuk memperkasakan alumni masing-masing bagi memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang semula.
![Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721803036_JeffriSalimDavidso.jpg)
Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.
![Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721811428_tbZahidHamidi.jpg)
Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid
Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara.
[TERKINI] Pesawat bawa 19 individu terhempas di Nepal
Sebuah pesawat membawa 19 penumpang termasuk kru terhempas di Nepal pada Rabu.
Unlock your financial potential with Principal Malaysia!
Investing with us offers a path to long-term wealth growth, financial security and a brighter future. Discover the benefits of smart investing today! #PrincipalMY #PrincipalMalaysia #InvestingMadeEasy
![Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721802573_pangon.jpg)
Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA
Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan peletakan jawatan Kim Pan-gon.
[TERKINI] Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti sidang media Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
[TERKINI] Sidang media khas Menteri Digital
Ikuti sidang media khas Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
![Yusri label pemain The Red Warriors wira sebenar Yusri label pemain The Red Warriors wira sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598132675_YusriTheRedWarri.jpg)
Yusri label pemain The Red Warriors wira sebenar
Dia cukup bangga dengan prestasi barisan The Red Warriors petang semalam, sekali gus meraih mata penuh dalam kempen Liga Perdana yang tertangguh sejak Mac lalu.
![Dakwa parti bermasalah, tindakan berniat jahat - PPBM Kota Bharu Dakwa parti bermasalah, tindakan berniat jahat - PPBM Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518571240_WanRosdi.jpg)
Dakwa parti bermasalah, tindakan berniat jahat - PPBM Kota Bharu
Mereka yang terlibat itu akan diambil tindakan selepas Setiausaha Agong PPBM meneliti laporan yang dikemukakan PPBM bahagian itu.