JOHOR BAHRU: Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) disaran untuk memperkasakan alumni masing-masing bagi memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang semula, khususnya dalam pembangunan sekolah.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha menggerakkan alumni telah dilaksanakan di beberapa sekolah termasuk Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah di sini yang berjaya mengumpul dana sehingga RM1 juta setelah beberapa bulan mengadakan program melibatkan bekas pelajar.
"Saya juga ada buat lawatan ke sekolah tidak kira bangsa, baik Cina ke India, antara sekolah yang penyelenggaraan agak baik ialah sekolah masyarakat Tionghua, itu realiti.
"Mereka ada dapat bantuan daripada kerajaan tetapi mereka juga mendapat bantuan daripada usahawan-usahawan dan alumni-alumni mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Justeru, Onn Hafiz menyeru SAKJ untuk turut mengambil langkah sama agar lebih ramai dapat membantu usaha memperkukuh syiar Islam.
"Semua guru besar (sekolah agama) boleh buat program alumni, libatkan masyarakat, ramai yang akan membantu. Di Johor ramai hendak menyumbang untuk memperkasa syiar Islam, jadi beri mereka ruang untuk menyumbang," katanya.
Mohd Fared pada sidang media menyambut baik saranan Onn Hafiz dan yakin inisiatif itu boleh dilaksanakan.
"Saya yakin ini adalah idea yang sangat bernas yang telah pun digunakan di beberapa jenis sekolah lain, dan saya mengakui ia belum dimulakan lagi di sekolah agama.
"Saya menerima baik nasihat dan cadangan Menteri Besar dan saya akan segera bincang dengan jabatan berkaitan untuk pelaksanaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Onn Hafiz (tengah) hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor hari ini. Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid (kiri). - Foto Bernama
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
Lagi perusuh diburu polis
Polis masih memburu beberapa individu lagi bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduahan dua kumpulan penyokong bola sepak di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 48 tahun bersama 13kg heroin RM1.2 juta
Polis merampas 13.3 kilogram dadah jenis Heroin Base yang dinggarkan bernilai RM1.2 juta ringgit menerusi dua serbuan berasingan di Lembah Klang pada Isnin lalu.
SAKJ disaran perkasa alumni - Onn Hafiz
Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) disaran untuk memperkasakan alumni masing-masing bagi memberi peluang kepada bekas pelajar menyumbang semula.
137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat
Seramai 137 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2021 dari Sekolah Agama Kerajaan Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat, berbanding hanya 66 orang pada tahun sebelumnya.