Calon langsung Barisan Nasional (BN) Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh yakin dapat menang di kerusi berkenaan biarpun telah bertukar pusat mengundi.
Menurut Wong, berdasarkan senarai daftar pemilih, beliau mendapati beliau dipindahkan ke kawasan mengundi di DUN Bukit Assek.
Pada PRN lalu, beliau mengundi di Bawang Assan.
"Pada September ketika saya memeriksa daftar pemilih, saya masih tersenarai sebagai pengundi di Bawang Assan. Namun apabila senarai daftar pemilih keluar pada Disember tahun lalu, saya dipindahkan ke Bukit Assek," katanya ketika ditemui pemberita di SK St Rita, Sibu selepas membuang undi kira-kira jam 9 pagi.
"Saya yakin dapat memenangi kerusi ini bagi BN. Pengundi adalah pengundi tidak kira di mana mereka berada," katanya.
Turut membuang undi di Bukit Assek adalah calon langsung BN, Datuk Tiong Thai King yang bertanding di DUN Dudong.
Kerusi DUN Bukit Assek menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN dari SUPP, Chieng Buong Toon, calon DAP Irene Mary Chang dan calon STAR, Moh Hiong King.
Bukit Assek yang dimenangi DAP pada PRN Sarawak 2011 mempunyai bilangan pengundi berdaftar sejumlah 28,341.
Tan Su Lin
Sat May 07 2016

WONG: 'Saya kekurangan 2,000 pengundi di kawasan saya tetapi tidak apa' - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Calon langsung BN di Dun Bawang Assan, Wong Soon Koh yakin menang
Menurut Wong, berdasarkan senarai daftar pemilih, beliau mendapati beliau dipindahkan ke kawasan mengundi di DUN Bukit Assek.

Pilihanraya Sarawak: BN perjelas status bekas ahli PBB, Watson Bangau - Fadillah
Watson, yang juga bekas setiausaha politik ketua menteri itu dipecat daripada PBB, Isnin lepas, selepas beliau bertanding kerusi DUN Bawang Assan.

Pilihan Raya Sarawak: Dudong, Bawang Assan kerusi tumpuan DAP Sibu
DAP bakal beri tumpuan khusus kepada dua kerusi panas iaitu Dudong dan Bawang Assan di Sibu.