Langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan tiga calon muda di bawah umur 50 tahun bertanding di kawasan Parit, dikatakan sesuai dengan harapan dan aspirasi anak muda di kawasan tersebut.
Calon Parlimen, Datuk Mohd Nizar Zakaria (Ustaz Nizar), 49, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah (Cikgu Din), 46 dan calon DUN Bota, Khairul Shahril Mohamed (KP Shahril), 45, diyakini mampu meningkatkan lagi pembangunan Parit sekali gus membawa aspirasi anak muda.
Dalam masa sama, beberapa anak muda yang ditemui juga yakin, ketiga-tiga calon itu telah mendapat tunjuk ajar yang sangat berguna daripada pemimpin terdahulu seperti bekas Ahli Parlimen, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan bekas ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim.
Mereka berharap, calon-calon itu juga akan melaksanakan pelbagai program untuk memenuhi citarasa anak muda masa kini.
Shamsul Azhar, 39, dari Padang Changkat berkata, anak muda di Parit semakin meminati aktiviti sukan lasak seperti motocross, berkayak dan ekspedisi meredah hutan.
Dia yang mula berkecimpung di dalam sukan trialbike sejak enam tahun lalu, yakin Nizar, Cikgu Din dan KP Shahril lebih memahami citarasa anak muda sekarang kerana mereka sudah merasainya.
“Alhamdulillah, Perak Tengah telah mempunyai tiga trek pertandingan motocross dan satu trek untuk latihan. Saya harap sukan lasak ini dapat diperkenalkan lagi di daerah ini,” katanya ketika ditemui di litar Kem Kota, Tanjung Medan dekat sini, baru-baru ini.
Mohd Khairul Shima Mohd Shah, 34, dari Titi Gantung pula berharap, bakal wakil rakyat di Parit dapat mendengar suara anak muda sepertinya.
“Setakat ini, kami memang mengenali ketiga-tiga calon BN dan mereka sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang kami lakukan,” ujarnya.
Bagi Amir Zarifuddin, 20, pula, bakal pemimpin mesti bersedia untuk menganjurkan pelbagai program yang melibatkan anak-anak muda supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
“Saya nampak, sukan lasak seperti motocross ini boleh pergi jauh dan boleh membentuk disiplin anak muda seperti saya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Motocross Perak Tengah dan Aura Seven Racing Team, Fairuddin Rastam berkata, setakat ini kelab itu mempunyai lebih 200 ahli yang turut menawarkan latihan untuk kanak-kanak yang berumur seawal lima tahun.
“Sukan ini mampu menarik minat generasi muda dan berdasarkan pengalaman saya lebih 10 tahun, sukan ini juga, mampu membentuk disiplin anak muda dan mengelakkan mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yakin, calon-calon BN di Parit, khususnya Ustaz Nizar, mampu membantu merealisasikan harapan anak muda, khususnya mereka yang meminati sukan lasak.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 07 2018
Beliau yakin, calon-calon BN di Parit, khususnya Ustaz Nizar, mampu membantu merealisasikan harapan anak muda, khususnya mereka yang meminati sukan lasak.
Abang Jo kongsi pencapaian teknologi hijau Sarawak bersama Australia
Selepas Korea Selatan, Thailand, united Kingdom dan Norway, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan ke Australia bagi berkongsi pencapaian teknologi dan ekonomi hijau sarawak.
Usahawan wanita Sarawak boleh mohon pinjaman mudah Affin Bank
Usahawan wanita di sarawak kini boleh memohon pinjaman mudah daripada affin bank apabila kerajaan sarawak mendepositkan RM25 juta untuk tujuan tersebut.
UCSF perkukuh bidang STEM dan TVET depani cabaran IR 4.0
Bagi memenuhi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), pengukuhan bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM), dan pendidikan teknikal dan latihan (TVET) oleh Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dilihat sebagai langkah yang proaktif.
Pastikan kemenangan calon UMNO, signifikan kepada PAU 2024 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menggesa jentera kempen bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRK Nenggiri kerana ia signifikan kepada PAU 2024.
Empat tokan dadah ditahan di Gemas dan Senawang
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata empat suspek tersebut dipercayai tokan dadah berusia antara 29 tahun hingga 47 tahun.
Dua pelajar kolej maut dirempuh pemandu mabuk
Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh lima kenderaan hingga mengakibatkan dua pelajar kolej maut.
KPKT kaji pinda Akta 171, hukum pesalah buang sampah merata-rata buat khidmat masyarakat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kajian untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata.
Fokus Minggu Depan: Perjuangan belia, mendepani cabaran dan mencari peluang
Cabaran & peluang yang perlu dimanfaatkan belia di negara ini. Persefahaman & perbezaan isu antara belia Malaysia dan dunia.
Kita bersama Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM)
Kita bersama Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM)
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pesawat Trump buat pendaratan tidak dijangka selepas masalah mekanikal
Pesawat Trump mendarat di Billings menjelang perhimpunan kempen di Bozeman, Montana, pada petang Jumaat.
[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?
Jentera yang menyokong dan membantu mereka berdua ini ternyata aktif di semua 20 daerah mengundi.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
PRK Nenggiri: Awie bukan 'muka' baharu - Ahmad Maslan
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukanlah 'muka' baharu di DUN itu dan hanya mula menyantuni penduduk sehari dua.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Surat tuntut RM100 juta sudah diserahkan kepada ADUN Rembia - Ahmad Zahid
UMNO sudah menyerahkan surat tuntutan kepada ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai Pas.
BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid
BN akan memberi fokus kepada isu masyarakat setempat di Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempen PRK.
Pertembungan satu lawan satu di PRK Nenggiri
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara Pas, Mohd Rizwadi Ismail.
Kekosongan DUN Mahkota diumum Ahad ini
Mohd Puad memaklumkan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahad ini.