Ringkasan AI
- Bytedance mengumumkan integrasi akaun TikTok ke Lemon8, memudahkan pengguna TikTok log masuk dan mengekalkan akaun yang sama.
- Lemon8 memfokuskan pada perkongsian koleksi gambar atau video, mirip kepada Pinterest, untuk memaparkan informasi dan perkongsian.
- Bytedance berharap integrasi ini akan meningkatkan populariti Lemon8, yang sebelum ini tidak mencapai populariti yang dijangka di Asia Tenggara.
Lemon8 sedia ditawarkan untuk pengguna di Asia Tenggara sejak tahun lepas, namun, popularitinya tidak setinggi yang dijangka.
Kini, dalam usaha meneruskan lagi aplikasi Lemon8 – termasuk meramaikan pengguna dan perkongsian, Bytedance mengumumkan integrasi akaun TikTok ke Lemon8.
Dengan langkah ini, pengguna TikTok sedia ada boleh log masuk ke Lemon8 dengan mudah dan mengekalkan akaun yang sama.
Lemon8 lebih pada memfokuskan perkongsian koleksi gambar atau video, dan memaparkan informasi dan perkongsian dalam kaedah seperti Pinterest.
Dengan integrasi akaun TikTok ke Lemon8, Bytedance mungkin menyasarkan populariti aplikasi berkenaan turut meningkat naik.
Sama-sama kita nantikan kesannya dalam beberapa bulan akan datang. Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Lemon8? -Amanz