MOSCOW:Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak perintah larangan muat turun TikTok yang dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Sputnik.
Dokumen mahkamah yang diterbitkan Axios pada Ahad itu menyebut Hakim Mahkamah Daerah di Washington Carl Nichols memberikan perintah injunksi awal yang dikemukakan ByteDance untuk membolehkan TikTok tetap boleh dimuat turun di AS.
Larangan aplikasi perkongsian video milik syarikat China, ByteDance itu sepatutnya berkuat kuasa pada Ahad malam.
"Kami gembira dengan keputusan itu. Kami akan terus mempertahankan hak kami untuk kepentingan masyarakat dan pekerja kami," kata TikTok dalam satu kenyataan.
Menurut Rumah Putih muat turun aplikasi itu di Playstore Apple dan Google Play Android akan disekat mulai Ahad dan semua operasi TikTok di AS akan diharamkan pada 12 November kecuali syarikat itu menyerahkan ekuiti dan teknologi pengendalian tempatannya kepada sebuah firma Amerika.
Menurut dokumen mahkamah itu lagi hakim menolak permintaan TikTok untuk menangguhkan larangan 12 November.
Jabatan Perdagangan AS pada Ahad berkata pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk mematuhi injunksi itu.
Sekatan terhadap TikTok pada awalnya ditetapkan 20 September, tetapi ditangguhkan ke 12 November kerana pihak pentadbiran menawarkan jalan keluar kepada syarikat itu menerusi pengambilalihan.
Presiden AS mengatakan syarikat perisian Oracle dan gergasi runcit Walmart sedang dalam perbincangan terakhir mengenai perkara itu.
Namun, ByteDance tetap berkeras untuk mempertahankan 80 peratus kepentingannya dalam TikTok AS.
Trump berulang kali mengancam untuk mengharamkan TikTok di AS dengan alasan bimbang mengenai dakwaan kerajaan China mengintip data pengguna Amerika.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020

Semua operasi TikTok di AS akan diharamkan pada 12 November kecuali syarikat itu menyerahkan ekuiti dan teknologi pengendalian tempatannya kepada sebuah firma Amerika. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mahkamah AS tolak larangan muat turun TikTok
Jabatan Perdagangan AS pada Ahad berkata pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk mematuhi injunksi itu.

AS buat peraturan baharu benarkan syarikatnya bekerja dengan Huawei
Pindaan tersebut membenarkan pelepasan teknologi tertentu kepada Huawei dan sekutunya dengan bersyarat.

Ringgit meningkat berikutan permintaan lebih baik
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS pada Rabu menunjukkan pertumbuhan ekonomi AS yang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku ketiga.