KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang telah keluar daripada UMNO boleh memohon semula sekiranya mahu kembali bersama parti itu.
Namun, individu itu tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu.
Itu mesej jelas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka yang telah keluar daripada UMNO termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sesiapa boleh mohon untuk balik (semula) kepada UMNO... Tetapi orang macam saya, kami ini semua, kita setia dalam UMNO, tidak pernah keluar daripada UMNO.
"Mereka yang keluar daripada UMNO, hendak kembali kepada UMNO, boleh dipertimbangkan.
"Namun, mereka tidak boleh kenakan syarat, dia kena terima. Dia mahu masuk UMNO, terimalah dasar UMNO, terimalah sesiapa yang ada dalam UMNO.
"UMNO adalah parti yang bukan milik mana-mana individu atau Presiden parti sekalipun, ataupun bekas presiden parti, tidak! UMNO adalah milik tiga juta ahlinya," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Sebelum ini, Dr Mahathir meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang mahu beliau kembali kepada parti yang pernah dipimpinnya itu.
“Yalah, kalau UMNO pegang balik kepada dasar awalnya berjuang untuk bangsa, untuk negara, untuk agama saya boleh kembali kepada UMNO tetapi ‘penyangak-penyangak’... apa semua (itu) saya tidak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar baru-baru ini.
Saksikan 'Eksklusif bersama Datuk Seri Najib Razak' yang akan disiarkan pada Isnin, 22 Februari 2021, jam 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI, Live TV di astroawani.com serta di saluran-saluran media sosial Astro AWANI.
BACA: Saya boleh kembali kepada UMNO sekiranya... - Tun Mahathir
BACA: Kembali pada UMNO: Syarat Tun Mahathir hanyalah sekadar alasan - Ahmad Zahid
Harits Asyraf Hasnan
Fri Feb 19 2021
Individu yang mahu masuk semula UMNO tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu. - Foto Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib, Tun Mahathir sebumbung di mahkamah hari ini
Dua bekas Perdana Menteri dan juga seteru politik dijangka bertembung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.
The Greater Kedah tidak bercanggah dengan SG4 - Tun Mahathir
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata kemajuan yang dikecapi Kedah kelak akan mewujudkan persaingan sihat antara negeri SG4.
Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja
Tun M mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.
“Ambil tahu situasi di Asia Barat” - Amaran Tun M kepada negara kecil
Sekiranya negara-negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh beramai-ramai, boleh dijangka tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.