Barisan Nasional (BN) Selangor berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lepas.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.
"Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.
"Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN). Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Dalam pada itu, beliau berkata kemenangan BN di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada PRK itu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.
"Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak beri faedah kepada rakyat.
"Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat," katanya.
Bernama
Wed Jun 22 2016

Noh Omar (gambar) berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi. -Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PRU15: Boleh runding tukar kerusi, tetapi perlu ada kerusi ganti- Noh
Pertukaran kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor antara parti dalam Barisan Nasional (BN) boleh dilakukan, dengan syarat perlu ada kerusi ganti.

PRU15: BN Selangor tampil 21 muka baharu di 21 kerusi Parlimen
Daripada 22 kawasan Parlimen di Selangor, BN cuma kekalkan satu kerusi untuk ditandingi muka lama.

Tengku Zafrul dilantik Pengerusi Manifesto BN Selangor
Pelantikan ini sudah berkuat kuasa dan telah mula mengadakan mesyuarat.

Khidmat Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan serta-merta
Perkhidmatan Isham ditamatkan selepas didapati jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan BN.

BN Selangor kemuka usul khas desak kerajaan negeri selesaikan krisis air
Datuk Johan Abd Aziz berkata usul tersebut juga bagi membincangkan permasalahan pencemaran alam sekitar di Selangor.

BN Selangor capai KPI tarik 17,000 pengundi parti komponen PRK Sungai Besar
Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.