Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang perlu keluar dari zon selesa dan menjadi pembangkang yang kuat di Pulau Pinang bagi memastikan rakyat negeri ini kembali kepada BN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu berkata walaupun UMNO dan BN menjadi pembangkang di negeri ini, namun sifat sebagai pembangkang itu tidak diterjemahkan dengan sebaiknya.
"Kita terpukul dua kali dalam pilihan raya umum yang lepas. Sifat kepembangkangan belum dirasai rakyat Pulau Pinang. DNA UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan parti-parti komponen BN masih lagi berasa selesa kerana mempunyai kiblat di Putrajaya (kerajaan pusat) yang dikuasai BN dan Datuk Seri Najib Razak masih lagi perdana menteri.
"Sudah tiba masanya kita bangkit, bersatu di dalam saf kepimpinan dan rampas semula Pulau Pinang. Kita ditekan dengan kepelbagaian isu, kita diasak ke dinding dengan pelbagai permasalahan.
"Saya lihat kita yang berada di dalam DNA BN kita bersabar (tapi) sabar ada hadnya, ada batasnya," katanya merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun BN hanya mempunyai 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang, namun ia boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk parti terus bergerak dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengembalikan negeri ini kepada BN.
Ahmad Zahid berkata banyak jasa BN di negeri ini yang telah dinafikan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP dan sudah tiba masanya untuk BN bangkit menggunakan isu-isu itu menyerang semula pakatan harapan demi membela rakyat Pulau Pinang.
"Terlalu banyak isu yang menyentuh kerajaan negeri terdahulu telah dinafikan oleh kerajaan negeri dan rakyat terpinggir.
"Mereka menikmati buah kepada kerja keras Gerakan, tonggak kita telah dinafikan kerajaan negeri. Sudah tiba masa kita bangkit, bangun, berlari, bergerak untuk merampas kembali...tak ada jalan lain," katanya.
Beliau berkata UMNO juga tidak pernah lupa mengenang jasa orang lama dan tidak pernah menafikan sumbangan yang telah diberikan.
"Apabila zaman seseorang telah lepas, lepaslah. Kami hormat pada orang lama tapi orang lama perlu sayang pada orang baru. Apabila depa (mereka) bagi peluang kepada orang selepas depa tentu jasa itu tetap jasa, kita kenang jasa," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun untuk kekal dihormati, orang lama juga jangan menafikan jasa, sumbangan dan perubahan yang dilakukan orang baru sehingga merosakkan pemikiran rakyat.
Ahmad Zahid menyifatkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai contoh terbaik pemimpin kerana tidak pernah menikam UMNO dan BN dari belakang selepas tidak mempunyai jawatan.
Beliau turut mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak melaga-lagakan beliau dengan Najib kerana perkara itu tidak akan menjadi kenyataan.
"Wala' saya tak payah siapa pertikai. Saya ada dalam UMNO, pegang jawatan dalam Pemuda kerana Datuk Seri Najib. saya dah lama dengan Datuk Seri Najib bermula 1 Okt 1987 apabila saya dilantik menjadi setiausaha politik Datuk Seri Najib. Insya-Allah, wala' itu akan tetap hingga ke hujung nyawa," katanya.
Mengulas mengenai Parlimen Tasek Gelugor, Ahmad Zahid menganggap Parlimen itu sebagai simpanan tetap kepada BN dan menggesa barisan kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor untuk meningkatkan jumlah majoriti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata prestasi jumlah undi yang diperoleh Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri kawasan itu sejak pilihan raya umum 2004 semakin menurun dan keadaan itu perlu diperbaiki pada PRU14.
Katanya Pakatan Harapan meletakkan Tasek Gelugor sebagai sasaran untuk dimenangi pada PRU14.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017

Ahmad Zahid berucap semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan di Tasek Gelugor hari ini. --fotoBERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).

Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.

KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.

"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
![[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil [KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623601658_AnnuarMusa.jpg)
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).