PAPAR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Negeri Sabah pada masa ini dikekalkan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah penting untuk membentuk kerjasama erat dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri.
Justeru, beliau berkata situasi tenang dalam kalangan parti-parti politik di Sabah perlu diwujudkan.
"Itulah hasrat kami (UMNO dan BN), itulah apa yang telah ditandatangani di antara kami dan mereka, ini harus dikekalkan.
"Terdapat beberapa langkah penyelesaian yang sedang dilakukan dan kita mencari cara terbaik supaya kerajaan yang ada dikekalkan sehingga PRN akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sabah 2023 di Kampung Benoni di sini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Ahmad Zahid berkata Sekretariat Kerajaan Perpaduan di peringkat UMNO pusat yang diketuai Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Yakub Khan di peringkat Sabah akan memainkan peranan ke arah merealisasikan hasrat itu.
"Kita akan melakukan beberapa koordinasi daripada segi untuk menstabilkan kerajaan dan juga untuk mempertahan kedudukan yang ada di negeri Sabah ini," katanya.
Beliau berkata politik yang stabil amat penting dalam memastikan agenda membantu rakyat dapat dijadikan fokus utama terutama dalam memajukan kawasan luar bandar yang memerlukan pembangunan fasiliti awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
![BN mahu Kerajaan Perpaduan di Sabah kekal hingga PRN akan datang - Ahmad Zahid BN mahu Kerajaan Perpaduan di Sabah kekal hingga PRN akan datang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680964757_TBZAHID.jpg)
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Kampung Benoni Papar hari ini. - Foto BERNAMA
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720955645_TBZAHIDMUAR.jpg)
Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.
![UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720951822_tbMohamadHasan.jpg)
UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat
Tidak mustahil UMNO yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali kuat masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU.
!['UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin 'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720947822_TBUMNOSAKIT.jpg)
'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli di semua peringkat membantu memulihkan parti itu yang kini berada dalam fasa 'sakit' dan memerlukan rawatan.
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720864149_tbPresidenUMNO.jpg)
PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan lebih awal.
![UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720859304_tbMohamadHasanPRU.jpg)
UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat
Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, kata Tok Mat.
![Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720255482_JohariAbdGhani.jpg)
Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.
![UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720425533_Zahidumno.jpg)
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720269307_AnthonyLokeSiew.jpg)
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).