Benar, mereka seteru.
Mereka ini merujuk kepada dua parti veteran di Malaysia, Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Di Kelantan, sejak dulu, dua parti ini bertelagah hal politik.
Itu adat berseteru.
Tetapi negeri ini yang mana penduduknya dalam apa jua keadaan mahu syiar Islam ditegakkan, ada ketika, perbezaan politik ini terbawa-bawa dalam agama.
Masjid ikut parti.
Penyokong BN tidak mengunjungi masjid Pas, dan begitu sebaliknya.
Tidak semua.
Cuma berlaku di sesetengah tempat.
Jangan pula ada yang menidakkan kejadian ini.
Ini corat coret kebenaran kisah politik di negeri serambi Mekah.
Tetapi, melihat ke hadapan, saya dapat rasakan mungkin era perseteruan sebegini hampir berlalu.
Temuramah yang pada awalnya sekadar satu eksperimen untuk liputan #MalaysiaMemilih, berhasil menjadi satu penemuan yang boleh saya sifatkan mengejutkan.
Tipulah kalau saya kata saya tidak skeptikal.
Ada keraguan dalam hati saya apabila mahu menjemput dua individu berlainan parti duduk semeja, berbincang mengenai isu sama.
Tetapi kalau kita tidak cuba, kita tidak dapat hasil.
Betul atau tidak?
Apabila sampai masanya, debaran saya makin terasa.
Yang dijemput adalah wakil belia dari BN, Fikhran Hamshi Mohd Fatmi, calon di Parlimen Kota Bharu yang juga Timbalan Ketua Pemuda BN Kota Bharu.
Sementara dari Pas, Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari yang akan bertanding di Parlimen Pasir Mas.
Memang benar, ketika kedua-duanya tiba di lokasi, ada sedikit canggung.
Kerana ini kali pertama mereka bertemu, dan kedua-duanya calon bagi parti masing-masing.
Tetapi apabila berbicara mengenai isu yang membelenggu belia, yakni golongan usia yang mereka wakili, perbualan jadi berilmiah.
Di Pasir Mas yang dilabel sebagai daerah tertinggi catat kes pil kuda, Ahmad Fadhli menarik perhatian dengan hujahnya.
Beliau kemuka visi dan cadangan membersihkan imej Pasir Mas.
Sementara di kawasan Parlimen Kota Bharu yang ditandingi Fikhran Hamshi, isu tiada kerja hingga menyebabkan belia terjerumus jenayah, jadi perhatian.
Fikhran Hamshi membangkitkan keperluan mewujudkan peluang pekerjaan, supaya belia tiada ruang terjebak masalah sosial.
Apa yang menariknya ruangan bicara kali ini, kedua-duanya tidak berkempen bagi parti.
Tetapi mengemukakan solusi bagi isu dan masalah yang saya kemukakan.
Ini jauh dari politik tradisi, yang mana acuan jawapan bagi soalan saya lazimnya adalah bagaimana keupayaan parti, kehebatan parti dan kalau parti ini dipilih, rakyat akan dapat manfaat.
Ketika sesi temuramah yang disiarkan secara langsung itu, saya akui saya teruja berlebihan sehingga hampir mahu berdiri dan menepuk kedua-dua tangan kerana kematangan politik ini yang dicari.
Habis temubual, Fikhran Hamshi berseloroh "Patutnya kena ambil gambar kami bersalam dahulu sebelum temuramah, barulah best.
"Selalu sangat digambarkan kami (BN dan PAS) bergaduh sampai tak boleh bertentang muka, padahal kami beza pandangan politik tidaklah sampai bergocoh (bertumbuk)."
Ahmad Fadhli mengiyakan.
Dan kemudian kedua-duanya bertanya hal bagaimana kempen di tempat masing-masing.
Saya yang mendengar di tengah-tengah mereka jadi lagi seronok.
"Aku risau tadi takut ada yang tumbuk meja sebab beza pendapat, tapi mujur tidak.
"Nasib baik pisang tak berbuah dua kali," luah jurukamera Sallehin Hussain, kongsi pengalaman sebelum ini apabila ada ahli politik jemputan program Astro AWANI berperang mulut dan hampir bertumbuk kerana tidak boleh menerima pandangan masing-masing.
Saya beri Fikhran Hamshi dan Ahmad Fadhli dua minit setengah setiap seorang untuk bercakap.
Tetapi mereka beri saya lebih daripada itu.
Mereka beri saya keyakinan bahawa kematangan dalam berpolitik itu ada, dan tidaklah menunggu usia menginjak tua.
Fikhran Hamshi dan Ahmad Fadhli juga buktikan era caci maki, kecam mengecam hingga menyebabkan ramai enggan peduli dan menyampah hal politik, boleh berakhir.
Matang kita meletakkan masalah rakyat sebagai keutamaan, dan siapa lebih juara mencari penyelesaian.
Beradab dalam berpolitik tidak mustahil, kembali kepada asal kita orang Timur, santun ketika menegur, santun ketika tidak bersetuju, dan santun dalam segala segi.
Santun dan adab melahirkan hormat, hormat boleh angkat martabat, tidak salah kalau kita beringat.
TONTON: #MalaysiaMemilih: Cabaran tangani isu jenayah melibatkan belia
Marlina Manaf
Mon Apr 30 2018
Fikhran Hamshi (kiri) dan Ahmad Fadhli membuktikan era caci maki, kecam mengecam hingga menyebabkan ramai enggan peduli dan menyampah hal politik, boleh berakhir. - Astro AWANI / MARLINA MANAF
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Serangan dron Iran: Negara Arab digesa tidak jadi ‘barua’ Zionis - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli gesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Israel susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara itu.
KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.
Keputusan petisyen Nik Elin: Pas desak kerajaan segera usul pinda Perlembagaan
Pas mendesak kerajaan supaya menyegerakan usul meminda Perlembagaan di Parlimen dengan memasukkan bidang kuasa jenayah di bawah Senarai III, Senarai Bersama.
Konsert Coldplay bukan semata-mata kerana sokong Palestin - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, kebenaran penganjuran konsert tersebut bukan semata-mata kerana Coldplay menyokong Palestin.
Sokong PM: ‘Harap empat Ahli Parlimen tarik balik sokongan" - Ahmad Fadhli
Mengakui kecewa dengan tindakan itu, beliau berkata tindakan itu adalah tindakan individu dan tidak boleh dikaitkan dengan parti.
"Negara mana yang berani menekan, mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini?"- Ahmad Fadhli
Beliau turut meminta Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menamakan negara tersebut dan mencadangkan Malaysia menghantar nota bantahan kepada negara terbabit.
Bersatu 'pak turut' Pas: 'Tidak berbaloi untuk diulas'
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari enggan mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman mengenai parti berkenaan yang hanya menjadi pak turut Pas.
Kes Zahid: 'Gerakan Selamatkan Malaysia' berhimpun Sabtu ini - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berkata, gerakan tersebut bagi menyatakan isu berhubung sistem perundangan negara yang semakin membimbangkan.