SHAH ALAM: Pas mendesak kerajaan supaya menyegerakan usul meminda Perlembagaan di Parlimen dengan memasukkan bidang kuasa jenayah di bawah Senarai III, Senarai Bersama.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bagi memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang kesalahan jenayah termasuk jenayah syariah.
"Kerajaan sekarang sudah lebih dari stabil serta mendapat dua pertiga sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat.
"Oleh itu, saya yakin usaha ini sangat mudah dilakukan oleh pihak kerajaan kecuali sememangnya mereka tidak berminat ke arah itu," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat yang telah mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Sebelum ini, peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, 62, dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, 26, memfailkan petisyen terhadap kerajaan Kelantan.
Panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.
Tambah beliau, keputusan itu telah diputuskan oleh badan perundangan di peringkat yang tertinggi dan tiada lagi proses rayuan selepas ini.
"Dalam erti kata lain, dari sudut proses undang-undang ia adalah muktamad dan mandatori. Sudah tentu ia wajar dihormati oleh semua pihak.
"Sudah tentu banyak pihak berdukacita dengan keputusan ini yang sekali gus akan mencetuskan ‘domino effect’ kepada kompetensi DUN di negeri-negeri yang lain dalam menggubal undang-undang syariah yang dilihat ‘bertentangan’ dengan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024

Ahmad Fadhli berkata, ia bagi memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang kesalahan jenayah termasuk jenayah syariah. - Gambar/ Sinar Harian
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

KDN pantau reaksi awam isu Enakmen Syariah Kelantan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemantauan itu antaranya bagi perkara yang berpotensi menyumbang kepada situasi ketidaktenteraman awam.

Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menggesa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tauladan dengan tidak menimbulkan sangkaan tidak baik susulan pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan pada Jumaat lalu

Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- Zahid
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan Enakmen Syariah Kelantan tidak perlu dipolitikkan.

Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 November 2023.

Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.