KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana-mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak, tegas Pegawai Khas Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul Zaman Yusoff berkata, Ismail Sabri juga tidak pernah berjanji dengan mana-mana pihak untuk menukar Peguam Negara sebaik beliau menjawat jawatan nombor satu dalam Kerajaan itu.
Beliau berkata, dakwaan oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tidak lebih sekadar kenyataan berniat jahat dan mahu memecah-belahkan parti.
“Suka dijelaskan bahawa tidak ada di dalam mana-mana butiran perjanjian tersebut pernyataan bahawa 'Ismail Sabri telah berjanji tidak akan menukar Peguam Negara' atau bahawa 'Ismail Sabri berjanji akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Razak'.
“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat ke atas tuduhan jahat ini.
"Adalah diharapkan agar usaha mana-mana 'trojan horse' untuk memecah-belahkan parti dari dalam atau untuk menjatuhkan Kerajaan semasa akan menemui kegagalan,” katanya lagi.
Kamarul Zaman berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Lokman baru-baru ini yang mendakwa Ismail Sabri telah berjanji dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak menukar Peguam Negara, dan pada masa sama akan menyegerakan kes melibatkan Najib dan Ahmad Zahid.
“Nombor 7, tuan-tuan, Ismail Sabri telah berjanji tidak akan menukar Peguam Negara.
"Saya nak beritahu dengan saudara-saudara, kepada pengamal undang-undang, mereka jauh lebih tahu bahawa janji Ismail Sabri ini juga sudah salah dari segi undang-undang, kerana bagaimana dia boleh berjanji dengan Muhyiddin, third party, bahawa dia tidak akan menukar Peguam Negara?
“Yang paling teruk sekali, saudara-saudara, Ismail Sabri Nombor 9 berjanji, tuan-tuan, berjanji, dia berjanji, saudara-saudara, akan menyegerakan, akan menyegerakan kes-kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Razak.
“Itu sebab Datuk Najib dihantar ke penjara, dan sekarang ini mereka nak segerakan kes untuk menghantar pula Datuk Seri (Ahmad) Zahid ke penjara,” kata Lokman, seperti dipetik Kamarul Zaman dalam kenyataan itu.
Lokman turut dilaporkan menggesa kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Ismail Sabri.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, perjanjian tersebut, yang disebut - ‘Perjanjian Persefahaman Bagi Mengikat Usahasama Dan Kesepaduan Politik Serta Protokol Untuk Pembentukan Kerajaan Baharu’ - telah ditandatangani antara Ismail Sabri dan Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional pada 17 Ogos 2021.
Katanya lagi, perjanjian itu dimeterai antara kedua-dua pemimpin politik tersebut bagi menjamin kestabilan Kerajaan Persekutuan selagi belum capai tarikh pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum seterusnya.
Namun, Kamarul Zaman berkata, tiada butiran yang pelik, meragukan, apatah lagi merugikan kepentingan UMNO.
“Perlu diingati suasana ketika waktu itu, di mana Muhyiddin telah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 ekoran tindakan beberapa ahli Dewan Rakyat UMNO menarik kembali sokongan mereka ke atas kerajaan PN pimpinan beliau.
“Dalam situasi begini, setelah dikhianati oleh sebahagian ahli Dewan Rakyat UMNO, sudah pastilah Muhyiddin dan PN, sukar sekali menyokong ahli Dewan Rakyat UMNO sebagai pengganti beliau melainkan jika dapat dipastikan kepentingan PN turut terjaga,” katanya lagi.
Kamarul Zaman berkata, tiada butiran perjanjian yang melampau sebaliknya butiran-butiran yang ada hanyalah seperti “jumlah anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang diperuntukkan kepada parti-parti dikekalkan," katanya.
Turut dipersetujui, tambahnya lagi, pengekalan pelantikan ahli-ahli parti anggota PN dalam Badan-Badan Berkanun dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Kamarul Zaman berkata, ia sesuatu yang amat mendukacitakan sekali apabila Lokman sewaktu bersiaran pada malam Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2022, telah membuat beberapa dakwaan liar yang merosakkan nama baik Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, dan Naib Presiden kanan UMNO.
Firdaus Azil
Fri Sep 02 2022

Kamarul Zaman berkata, Ismail Sabri juga tidak pernah berjanji dengan mana-mana pihak untuk menukar Peguam Negara sebaik beliau menjawat jawatan nombor satu dalam Kerajaan. - Foto fail
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman
Kamarul Zaman disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya.

Mahkamah Tinggi tolak rayuan penganalisis politik berhubung kes saman
Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan penganalisis politik Dr Kamarul Zaman berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan beliau terhadap Khalid Abdul Samad.

'Bila masa Ismail Sabri janji segerakan kes Zahid dan Najib?' - Pegawai Khas PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berjanji dengan mana-mana pihak untuk menyegerakan kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff.

Kes saman fitnah selesai, Kamarul Zaman mohon maaf kepada Mujahid
Kamarul Zaman yang membacakan pernyataan maaf di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad berkata beliau kesal dengan penerbitan artikel itu.

'Bukan sesuatu yang pelik mereka sokong Tun M'
Selain banyak terhutang budi dengan Mahathir, mereka juga tidak mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam kerajaan sekarang menyebabkan mereka bebas mengkritik kerajaan.

Keputusan Majlis Syura buka jalan untuk kerjasama PAS dan UMNO/BN
Keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 2 Januari adalah satu keputusan positif yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membentuk kerjasama antara PAS-UMNO.