KUALA LUMPUR:Parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas, dan Umno tidak boleh 'bergerak secara solo' untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata, jika mana-mana parti berkenaan memilih untuk tidak menjalinkan kerjasama, ia seolah-olah memberikan 'hadiah' kemenangan kepada parti pembangkang.
Sehubungan itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak menegaskan, penting untuk parti-parti tersebut terus mengekalkan kerjasama yang sudah terjalin, ketika ini.
"Jika mereka atau kami bertindak untuk pergi ke pilihan raya secara bersendirian, maka saya berpandangan ini sama seperti menghadiahkan kepimpinan kerajaan yang kita sedang pimpin sekarang ini kepada pihak pembangkang.
"Jadi, semua pemimpin faham bahawa keperluan untuk bekerjasama itu jauh lebih penting, lebih besar nilai dan maksudnya daripada terlalu mengikut kehendak iaitu melebihkan parti kita daripada parti-parti lain," katanya dalam temu bual dalam Buletin AWANI Khas, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Bersatu menyedari bahawa setiap parti mungkin mahukan pembahagian kerusi yang banyak di sesuatu kawasan apabila pilihan raya.
Namun, jelas beliau perkara itu perlu dikorbankan, kerana keutamaan adalah untuk memastikan sokongan dan kepimpinan kerajaan ketika ini terus diberikan mandat untuk mentadbir.
Dalam pada itu, menggunakan analogi perkahwinan, Ahmad Faizal berkata perkahwinan yang berlaku dalam PN sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
Meskipun kadangkala wujudnya kesukaran namun mereka sahut cabaran itu dan menyelesaikannya sebaik mungkin.
"Saya kira bukan mudah untuk mentadbir sesebuah kerajaan, saya sebagai Menteri Besar ada enam exco daripada Umno, dua daripada Pas dan dua lagi Bersatu.
"Jadi, kami bekerja sebagai satu pasukan tetapi dalam masa sama tentunya ada tuntutan dari sesebuah parti tetapi akhirnya saya kira tuntutan ini kalau pun tidak bekerja dengan Umno dan Pas, ia akan datang daripada orang ramai juga," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 27 2020
![Bersatu, Pas dan Umno perlu kekal kerjasama untuk PRU - Ahmad Faizal Bersatu, Pas dan Umno perlu kekal kerjasama untuk PRU - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606461163_MenteriBesar.jpg)
Ahmad Faizal berkata perkahwinan yang berlaku dalam PN sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya - Gambar Astro AWANI
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720955645_TBZAHIDMUAR.jpg)
Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.
![UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720951822_tbMohamadHasan.jpg)
UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat
Tidak mustahil UMNO yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali kuat masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU.
!['UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin 'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720947822_TBUMNOSAKIT.jpg)
'UMNO memang sakit, sedang dirawat' - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli di semua peringkat membantu memulihkan parti itu yang kini berada dalam fasa 'sakit' dan memerlukan rawatan.
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720864149_tbPresidenUMNO.jpg)
PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan lebih awal.
![UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720859304_tbMohamadHasanPRU.jpg)
UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat
Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, kata Tok Mat.
![Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720255482_JohariAbdGhani.jpg)
Pemilihan calon bertanding pilihan raya perlu lebih dinamik - Johari
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik.
![UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720425533_Zahidumno.jpg)
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720269307_AnthonyLokeSiew.jpg)
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).