Bersatu Bahagian Langkawi menafikan dakwaan bahagian itu terbubar berikutan keahlian ketua bahagiannya terhenti serta tindakan timbalan ketua bahagian bersama tujuh ahli jawatankuasa (AJK) meletak jawatan dan keluar parti.
Naib Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Hashim Md Noh berkata perlembagaan parti Fasal 19 (19.9) memperuntukkan jawatan naib ketua bahagian akan memangku setelah ketiadaan ketua bahagian atau timbalan ketua bahagian.
Beliau turut menjelaskan Bersatu Langkawi memiliki 18 orang AJK bersama empat lagi yang dilantik di bawah kuasa diperuntukkan kepada ketua bahagian.
"Jumlah AJK Bersatu Bahagian Langkawi ialah 22 orang termasuk empat yang dilantik untuk jawatan Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan AJK lantikan.
"Selepas keahlian Ketua Bahagian (Tun Dr Mahathir Mohamad) terhenti dan perletakkan jawatan oleh Timbalan Ketua Bahagian (Shukor Bahari), Ketua Srikandi Azlina Mansor serta enam AJK kepimpinan, bahagian ini masih mempunyai sembilan AJK yang sah mengikut perlembagaan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Armada, Amar Pared Mahamud, Timbalan Ketua Srikandi Rohaiza Sharif serta enam lagi AJK yang kekal dalam Bersatu Bahagian Langkawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad dan Adun Ayer Hangat Juhari Bulat.
Pada Ahad (9 Ogos), Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta selain mendakwa 22 AJK bahagian tersebut turut menyertainya.
Pada sidang media sama, Hashim turut mengumumkan pelantikan baharu jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan untuk meneruskan wadah perjuangan parti tersebut.
"Saya selaku Naib Ketua Bahagian mengikut Fasal 19 (19.9) yang diperuntukkan kuasa melantik dengan ini mengumumkan Mohd Firdaus sebagai Setiausaha, Juhari (Bendahari) dan Ahmad Nazlan Abu Hassan (Ketua Penerangan).
"Bersatu Langkawi akan turut melantik empat lagi AJK baharu menjadikan jumlah keseluruhan kekuatan kepimpinan bahagian ini seramai 16 orang," katanya.
Bernama
Tue Aug 11 2020
Bersatu Bahagian Langkawi menafikan dakwaan bahagian itu terbubar berikutan keahlian ketua bahagiannya terhenti.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu
Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.