Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri hari ini.
Beliau sebaliknya berkata darjah kebesaran itu yang dianugerahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Iskandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri dan Dr Ahmad Yunus Hairi adalah sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti mereka sejak menganggotai barisan pimpinan kerajaan negeri.
"Saya percaya dua tokoh ini banyak memberikan khidmat kepada rakyat Selangor dan sewajarnya diberi penghormatan dan penghargaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi sebelum ini yang hangat mengatakan beliau akan berada dalam senarai penerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor setelah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik baginda berkuat kuasa 3 Nov lepas.
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak menerima sebarang anugerah kebesaran negeri kali ini disebabkan oleh kemelut jawatan Menteri Besar yang dicetuskan PKR.
Beliau berpendapat adalah terlalu awal untuk dirinya mendapatkan sebarang darjah kebesaran buat masa ini sebab baru 80 hari menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Sementara itu, pemenang pingat emas dalam Sukan Perahu Layar di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, Ahmad Syukri Abdul Aziz, 18, berkata beliau terharu menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dari Sultan Selangor.
Beliau yang berkerusi roda sebab mengalami luka di bahagian kaki kiri berkata beliau kagum dengan sikap berjiwa rakyat baginda yang sanggup turun dari singgahsana untuk menyampaikan anugerah itu.
Ahmad Syukri yang menjalani kursus pengajian pra diploma dalam perdagangan di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis berkata tumpuannya kini adalah untuk meraih pingat dalam Sukan SEA di Singapura tahun depan.
Beliau adalah antara 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor.
Bernama
Thu Dec 11 2014
![Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368242126_295x200.jpg)
Azmin berkata tidak ambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor kepada 2 anggota exco kerajaan negeri.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
xxx
xxx
![Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489017661_ZambryAbdKadir.jpg)
Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy
Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
![Polis Thailand rampas satu juta pil methamphetamine, tangkap empat penghantar Polis Thailand rampas satu juta pil methamphetamine, tangkap empat penghantar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51456914139_pilKuda.jpg)
Polis Thailand rampas satu juta pil methamphetamine, tangkap empat penghantar
Polis menahan empat orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan rampasan hampir sejuta pil methamphetamine di sebuah rumah di selatan Thailand.
![KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440467793_KOTAKINABALU.jpg)
KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu
Peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM.
![KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436259467_AminNordin.jpg)
KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, 59, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 18 Julai ini.
![Persenda Islam: Perbicaraan ke atas Vivian Lee diteruskan Persenda Islam: Perbicaraan ke atas Vivian Lee diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387546054_295x200.jpg)
Persenda Islam: Perbicaraan ke atas Vivian Lee diteruskan
Perbicaraan ke atas Vivian Lee - bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan - yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan akan diteruskan 13 Julai depan.
![Kemaman kembali dilanda banjir Kemaman kembali dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41386067574_295x200.jpg)
Kemaman kembali dilanda banjir
Daerah Kemaman, Terengganu kembali dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 125 mangsa daripada 37 keluarga malam ini.
![BookXcess sedia troli bakul untuk kemudahan pengunjung BBW BookXcess sedia troli bakul untuk kemudahan pengunjung BBW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/71417912128_295x200.jpg)
BookXcess sedia troli bakul untuk kemudahan pengunjung BBW
Kemudahan troli bakul ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada edisi kelima penganjuran jualan buku itu bagi menambah keselesaan, khususnya kepada pengunjung baharu.
![Korea Selatan, Asean mampu jadikan ekonomi serantau inklusif, dinamik - Najib Korea Selatan, Asean mampu jadikan ekonomi serantau inklusif, dinamik - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61364948981_295x200.jpg)
Korea Selatan, Asean mampu jadikan ekonomi serantau inklusif, dinamik - Najib
Korea Selatan dapat membantu memastikan ekonomi serantau menjadi inklusif memandangkan kerjasama bersama rakan Asean lain akan membolehkannya menjadi lebih dinamik, kata Najib.
![Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368242126_295x200.jpg)
Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco
Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri.