Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan WiFi percuma di kawasan bandar raya ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM.
"Untuk tujuan itu saya akan mengadakan perbincangan dengan Mayor Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Karnival Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka, di sini malam tadi.
Beliau berkata pihaknya ingin menjadikan bandar raya Kota Kinabalu setanding dengan bandar raya lain yang mempunyai perkhidmatan WiFi secara percuma.
"Dengan adanya perkhidmatan itu (WiFi) masyarakat khususnya golongan muda dapat melayari internet secara percuma dan mudah berkomunikasi ketika berada di bandar raya ini," katanya.
Sementara itu, Salleh menyeru kepada semua rakyat di negeri ini agar sentiasa menghargai pengorbanan dan perjuangan pemimpin serta rakyat terdahulu yang telah memastikan Sabah terus aman dan harmoni.
Sehubungan itu, beliau berkata adalah amat penting untuk semua semua rakyat berbilang kaum di negeri ini untuk sentiasa bersatu padu, bekerjasama menjaga semangat perpaduan dan persefahaman demi kecemerlangan dan kemajuan negeri dan negara.
"Kita mesti bermuafakat, berganding bahu dan berjuang teguh bersama dalam menangani pelbagai isu seperti ekonomi dan keselamatan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.
"Kita amat bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan termasuk Pesta Kaamatan dalam keadaan aman dan damai di negara ini. Tidak seperti di sesetengah negara atau di tempat lain di mana berlaku pertelagahan antara kaum.
Oleh itu marilah kita sama-sama pertahankan suasana aman damai ini," katanya.
Mengulas mengenai karnival yang berlangsung selama dua hari sejak Jumaat, Salleh berkata ia bukan sahaja dapat mempromosi interaksi silang bangsa tetapi juga memupuk sifat masyarakat pelbagai kaum yang saling menghormati dan memahami antara satu sama lain, sekali gus membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan harmoni.
"Karnival Kaamatan ini melibatkan kerjasama dan usaha pelbagai kaum dan etnik yang secara langsung memperlihatkan semangat bersatu padu, muhibah dan persefahaman antara warga bandar raya ini. Ianya selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Keamanan dan Persabahatan” .
"Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga dan membina keamanan, persahabatan serta kebersamaan yang amat unik di negeri ini...kitalah model contoh yang terbaik konsep 1Malaysia," katanya.
Salleh berharap Karnival Kaamatan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu itu diadakan secara berterusan setiap tahun termasuk di pusat-pusat membeli belah di sekitar bandar raya berkenaan supaya "mood" Kaamatan dapat dirasai oleh warga bandar raya atau pelancong.
"Saya percaya Karnival Kaamatan ini boleh dipromosi sebagai produk pelancongan selain menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan nasional, khususnya di Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum etnik dan mempunyai lebih 50 dialek bahasa," katanya.
Bernama
Sat May 14 2016

Peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
xxx
xxx

Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy
Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Polis Thailand rampas satu juta pil methamphetamine, tangkap empat penghantar
Polis menahan empat orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan rampasan hampir sejuta pil methamphetamine di sebuah rumah di selatan Thailand.

KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu
Peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM.

KP DBKL Mhd Amin Nordin dilantik Datuk Bandar KL yang baharu
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, 59, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 18 Julai ini.

Persenda Islam: Perbicaraan ke atas Vivian Lee diteruskan
Perbicaraan ke atas Vivian Lee - bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan - yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan akan diteruskan 13 Julai depan.

Kemaman kembali dilanda banjir
Daerah Kemaman, Terengganu kembali dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 125 mangsa daripada 37 keluarga malam ini.

BookXcess sedia troli bakul untuk kemudahan pengunjung BBW
Kemudahan troli bakul ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada edisi kelima penganjuran jualan buku itu bagi menambah keselesaan, khususnya kepada pengunjung baharu.

Korea Selatan, Asean mampu jadikan ekonomi serantau inklusif, dinamik - Najib
Korea Selatan dapat membantu memastikan ekonomi serantau menjadi inklusif memandangkan kerjasama bersama rakan Asean lain akan membolehkannya menjadi lebih dinamik, kata Najib.

Azmin tidak ambil hati dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada dua exco
Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri.