KUALA LUMPUR:Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dijangka mengadakan sidang media esok susulan isu pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz melalui hantarannya di laman Twitter pada Selasa.

Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sidang media itu akan diadakan di Putrajaya.

"Ramai rakan-rakan wartawan hubungi saya minta komen dan nak interview Tan Sri Annuar. Ramai juga sahabat-sahabat yang call dan text tanya perkembangan Tan Sri.

"Terima kasih atas keprihatinan semua. InsyaAllah, jika tiada aral, petang esok, kita aturkan sidang media di Putrajaya. Saya akan maklumkan masa, tempat nanti," katanya melalui satu hantaran di Twitter pada Selasa.

Memahami percaturan baharu UMNO 

BACA: Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN

BACA: "Tiada komen, ini tempoh bertenang" - Annuar Musa


Pada Selasa, Annuar Musa dilucut daripada jawatan Setiausaha Agung BN berkuat kuasa serta -merta.

BACA: Ganti konvensyen, Presiden dengar pandangan UMNO Bahagian - Ahmad Maslan

Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.

Susulan itu, Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik menggantikan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN.