Pertembungan enam penjuru, di antara dua calon baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 54 Bugaya yang mempunyai pertalian kekeluargaan, Datuk Razak Tun Sakaran (BN) dan Manis Muka Dara (Warisan) dilihat akan merancakkan lagi senario kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di daerah ini.
Meskipun terdapat calon-calon parti lain yang akan berentap merebut kerusi DUN berkenaan, tumpuan lebih terarah kepada Razak dan Manis Muka memandangkan kedua-dua mereka mempunyai pengaruh kekeluargaan 'kuat' di Semporna.
Masyarakat umum di daerah ini semestinya sinonim dengan nama 'Sakaran' manakala Manis Muka pula, tidak ramai tahu Allahyarham bapanya Datuk Mohd Dara Langpad merupakan Ahli Parlimen Semporna yang pertama pada zaman USNO dahulu.
Walaupun mempunyai talian kekeluargaan yang erat, perjuangan parti tetap menjadi keutamaan buat dua calon ini untuk beradu idealogi, agenda kempen dan janji bagi menaikkan taraf hidup pengundi di kawasan Bugaya.
Bagi Razak, dalam kempen PRU14 yang dijalankan setakat ini, salah satu elemen yang akan menarik minat rakyat di kawasan tersebut adalah mengenai masa depan.
"Saya mewakili generasi baru, saya mewakili generasi yang akan mencapai kepada Transformasi Negara 2050 (TN50) yang akan menjadi keutamaan dalam kempen dan saya yakin di kawasan Bugaya ini ramai pengundi muda yang mendahagakan pembaharuan sekali gus memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber dan berwawasan.
"Telah katakan sebelum ini bahawa saya telah lama bergerak di kawasan Bugaya dan saya bukan orang asing di kawasan ini. Walaupun saya dikatakan muka baharu tetapi muka inilah yang sering kali keluar masuk di Bugaya," katanya.
Razak berkata demikian ketika ditemui dalam kempen PRU14 beliau di kawasan Kampung Labuan Senang, Bugaya, di sini, hari ini.
Sementara itu, Manis Muka pula berpendapat sokongan pengundi terhadap Warisan yang digembeleng bersama Presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membawa perubahan besar dalam lanskap politik di daerah Semporna dan Bugaya secara amnya.
"Saya tahu setelah penamaan calon, kita akan bertembung perlawanan enam penjuru yang mana saya dengan parti-parti lain tidak mempunyai masalah.
"Tetapi pertembungan dengan anak buah sendiri iaitu, Datuk Razak itu lain, keluarga tetap keluarga kita sayang keluarga Namun, Warisan tetap berjalan dan tetap bertentangan parti yang menentang," katanya.
Ini jelasnya kerana kalau kita lihat konteks di DUN Bugaya sudah berapa tahun diwakili oleh wakil rakyat BN, tiada pembangunan untuk membantu anak-anak muda dan pengganguran dilakukan.
Ujar Manis Muka, sekiranya beliau diberikan peluang menjadi wakil rakyat di kawasan itu, apa yang akan dilakukan adalah membina kilang perindustrian dalam usaha memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutamanya golongan belia.
Ditanya mengenai keunikan nama Manis Muka Dara, beliau menyifatkan nama berkenaan membawakan tuah kepada empunya diri sehingga menjadi terkenal di serata tempat.
Mengakui ia adalah nama sebenar yang diberikan oleh nenek moyangnya dahulu, Manis Muka turut berharap nama itu sekali lagi memberi tuah kepada dirinya untuk memenangi kerusi DUN Bugaya kali ini.
Ruzaini Zulkepli
Tue May 01 2018
Razak dan Manis Muka masing-masing berlawan untuk merebut kerusi DUN Bugaya pada PRU14 ini. - Astro AWANI
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.