KLANG: Strategi "politik koalisi" atau politik gabungan yang dianjurkan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi ukuran kekuatan yang membawa parti itu untuk terus kekal dalam arena politik negara.
Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata parti itu yang sudah berusia lapan tahun telah melalui dua pusingan pilihan raya umum (PRU) dan terkini pada PRU15, Amanah mendapat lapan kerusi Parlimen dan dua posisi menteri penuh.
"Saya nak sebut di sini, nak menubuhkan parti memang senang tetapi pertahankan keberadaan parti itu memang sukar," katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 bertemakan "Mengangkat Agenda Perpaduan" di sini hari ini.
Mohamad berkata mengenang kepada parti Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988 dan disertai ramai tokoh politik hebat, parti itu bagaimanapun hanya sempat melalui dua pusingan PRU sebelum dibubarkan.
"Apakah Amanah akan ikut jejak langkah itu? Tidak sama sekali sebab kita bina parti berdasarkan koalisi (gabungan). Kita tahu kita tidak kuat dan berpaut dengan rakan-rakan yang lain. Dahulu dengan Pakatan Harapan (PH), sekarang Kerajaan Perpaduan bersama PH dan Barisan Nasional serta rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata strategi dan pendekatan politik Amanah yang menganjurkan "politik koalisi" memberi asas kepada kekuatan parti itu kerana sedar bahawa sistem "satu parti dominan" telah berlalu.
Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan Amanah juga menolak dasar mendiskriminasi kaum minoriti dan mendominasinya dengan konsep ketuanan kaum.
Parti itu juga, katanya menentang "politik identiti" atau yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) kerana membawa pendekatan "Politik Adu-Domba", politik menakut-nakutkan orang Melayu dan lslam, kononnya Islam terancam dan Melayu terabai.
Beliau berkata apabila pegangan agama secara melampau bergandingan dengan politik perkauman seakan lupa sifat kepelbagaian budaya dan kemajmukan etnik, Malaysia akan terus berantakan serta dalam konflik perebutan kuasa politik.
Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini akan melaksanakan sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 termasuk memilih lima jawatan tertinggi parti yang dijalankan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan ucapan pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara di Wyndham Acmar hari ini. - Foto BERNAMA
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.