KLANG: Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadi benteng utama dalam melawan pemikiran ekstremis yang dibawa sesetengah parti politik sebagai alat untuk menggugat kestabilan dan keharmonian di negara ini.
Wakil Amanah Selangor Abbas Salimmi Che Azmi berkata pemikiran seumpama itu boleh meracun dan merosakkan fahaman rakyat sehingga memberi kesan kepada usaha dan kebaikan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.
"Amanah mesti menjuarai isu dan menjadi benteng utama memastikan pemikiran ekstremis dan memerangi pemikiran 'politik hulu' kerana selagi ada pemikiran ini susah negara untuk maju sedangkan kita ada dasar baik dan idea yang sangat hebat," katanya ketika membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Amanah Kawasan Padang Besar Kapt (B) Mohamad Saad @ Yahaya dalam perbahasannya menyeru supaya parti berkenaan menguasai media sosial agar dapat memperbetul segala pembohongan yang dibawa oleh parti pembangkang.
Naib Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faris Ariffin pula mahu ahli akar umbi berusaha bersama-sama mempromosikan parti dan mengangkat nama Amanah agar setaraf dengan parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
"Kita jangan tanya apa yang parti boleh buat untuk kita, sebaliknya kita harus tanya diri sendiri apa yang kita boleh buat untuk parti bagi memastikan mesej yang dibawa oleh Amanah iaitu Rahmatan Lil Alamin ini dapat disampaikan kepada umum dan menarik lebih ramai bersama Amanah untuk beraksi di landasan yang betul," katanya.
Sebanyak kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara hadir pada konvensyen yang bertemakan "Mengangkat Agenda Perpaduan" itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
ABBAS SALIMMI: Amanah mesti menjuarai isu dan menjadi benteng utama memastikan pemikiran ekstremis dan memerangi pemikiran 'politik hulu' kerana selagi ada pemikiran ini susah negara untuk maju. - Gambar fail BERNAMA
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Amanah perlu jadi benteng utama lawan pemikiran ekstremis
Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadi benteng utama dalam melawan pemikiran ekstremis yang dibawa sesetengah parti politik sebagai alat untuk menggugat kestabilan dan keharmonian di negara ini.