Fitnah di media sosial dan kumpulan WhatsApp pro-pembangkang semakin hari semakin memualkan terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia jelas dilihat menerusi pelbagai berita palsu mengenai kerajaan yang diterimanya daripada 878 kumpulan WhatsApp yang disertai.
"Saya ada di dalam 878 kumpulan WhatsApp dan kebanyakannya juga terdiri daripada mereka yang pro-pembangkang. Mereka sendiri yang jemput saya.
"Pembangkang nampaknya semakin terdesak untuk mencari sokongan rakyat dengan menghidangkan fitnah yang memualkan di WhatsApp serta portal berita masing-masing.
"Langkah pembangkang itu hanya menyedarkan rakyat terhadap kebenaran sebenar yang disembunyikan mereka," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Tegasnya, rakyat kini melihat apa yang ada di depan mata, melalui kumpulan WhatsApp selain merujuk portal yang menyampaikan perkara sahih.
"Kita ada saluran dan medium sebaran berita benar yang disediakan jawatankuasa IT UMNO sejak dua tahun kebelakangan ini.
"Rakyat sendiri akan lihat kebenaran kerana terlalu banyak sebaran palsu serta fitnah di portal pembangkang. Fitnah pembangkang semakin memualkan di alam siber.
"Sebab itu UMNO akan tetap meneruskan penyebaran perkara positif dengan kerjasama jentera IT di semua bahagian Parlimen," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, sebuah portal khas PRU14 yang akan dilancarkan pada Rabu iaitu TheRakyat merupakan medium menyampaikan maklumat sahih menjelang PRU.
"Ia tambahan selain portal-portal lain yang sedia ada untuk digerakkan selari dalam melawan fitnah.
"Paling penting, kita tidak menyebarkan fitnah atau menggunakan taktik menyamar menjadi ahli UMNO untuk menyampaikan berita palsu kepada rakyat," ujarnya.
BACA: Ahmad Maslan ada dalam kumpulan WhatsApp 'Kami Anti Ahmad Maslan'
BACA: 'Bolehkah mereka ini hidup tanpa sebar fitnah?' - Ahmad Maslan
Pada 2015, Ahmad dikatakan mempunyai 350 kumpulan WhatsApp.
Dalam masa dua tahun selepas itu, Ahmad menyertai 525 kumpulan lagi di dalam sistem pesanan WhatsApp.
Wan Syamsul Amly
Tue Jan 02 2018
![Ahmad Maslan pantau fitnah pembangkang dalam 878 kumpulan WhatsApp Ahmad Maslan pantau fitnah pembangkang dalam 878 kumpulan WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61451872210_AhmadMaslan.jpg)
AHMAD: Pembangkang semakin terdesak untuk mencari sokongan rakyat dengan menghidangkan fitnah yang memualkan di WhatsApp serta portal berita masing-masing.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719035724_SungaiBakap.jpg)
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.
![PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471051_AHMADMASLAN.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan
Jentera UMNO yang diturunkan untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin menjalankan peranannya dengan baik.
![Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707552275_DatukSeriAhmadMas.jpg)
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
![Anjur program, umum peruntukan oleh kerajaan ketika PRK tidak salah - Ahmad Maslan Anjur program, umum peruntukan oleh kerajaan ketika PRK tidak salah - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719266175_AhmadMaslan.jpg)
Anjur program, umum peruntukan oleh kerajaan ketika PRK tidak salah - Ahmad Maslan
Katanya, isu tersebut pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang yang mempertikaikannya.
![Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025 Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718283985_TBAhmadMaslan.jpg)
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
![KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718102364_AhmadMaslan.jpg)
KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak
Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
![KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717999779_pelancaranAssetMan.jpg)
KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat
Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tanggungjawab penambahbaikan jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.
![PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717495099_TBahmadmaslanj.jpg)
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716100474_serangbalaipolis.jpg)
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
![KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715685499_tbAhmadMaslan.jpg)
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.