KUALA LUMPUR:Ahli politik di negara ini seharusnya bersyukur kerana rakyat Malaysia masih mampu bertenang tatkala konflik politik terus memuncak ketika ini.

Berbeza dengan rakyat beberapa negara lain yang gemar memilih cara yang lebih agresif dalam meluahkan rasa tidak puas hati, rakyat Malaysia kini lebih lebih matang dan ia sepatutnya tidak diambil kesempatan oleh ahli politik.

Itu antara dapatan pungutan suara di media sosial Astro AWANI yang memperlihatkan biarpun netizen khususnya lebih 'cakap lepas', namun mereka masih tahu batasan dan mahu negara ini terus dalam keadaan stabil dan aman.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara

BACA: Agong nasihat rakyat tenang, sabar, jangan spekulasi

BACA: Darurat tidak akan bantu tangani COVID-19 - Dr Mahathir

BACA: Pertahankan perlembagaan ketika tangani krisis - Mohamad Hasan



Antara komen dan pesanan di Facebook Astro AWANI.

Majoriti juga menggesa agar ahli politik menghentikan sikap pentingkan diri sendiri dan bersatu tanpa mengira fahaman politik, sekaligus meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

Ahli politik perlu ikhlas, jangan tamak, kata netizen.

Luahan netizen di Telegram.