KUCHING: Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat mengesahkan beliau keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta merta sekali gus menjadi wakil rakyat bebas.
Jelas Masir, keputusan itu dicapai setelah berbincang bersama penyokong di peringkat akar umbi dan antara faktor utama beliau keluar parti adalah disebabkan situasi politik negara yang tidak stabil dan telah menjejaskan ekonomi negara, pembangunan serta kesejahteraan rakyat.
“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi PSB itu turut menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Perdana Menteri kita sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh yang sukar ini dan saya perlu memainkan peranan saya dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob,” tambahnya.
Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tahun 2018, Masir bertanding dan memenangi kerusi Sri Aman atas tiket Parti Rakyat Bersatu (PRS) dan kemudiannya keluar untuk menyertai PSB pada Mac 2019.
Beliau sebelum ini yakin PSB adalah parti terbaik baginya untuk memperjuangkan hak masyarakat Dayak di Sarawak.
Masir bagaimanapun tidak menyatakan sama ada akan kembali kepada PRS.
Fadilah Sulaiman
Wed Mar 30 2022

Masir berkata beliau kini memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat umum keluar PSB
Beliau kini memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.