Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk dipecat dari partinya akibat mengambil tindakan menyokong ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Saari berkata demikian ketika ditanya tindakan beliau yang membuat keputusan tanpa menunggu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
"Kalau itu kesudahan diantara parti dan pendirian saya, saya bersedia.
"Saya berpegang kepada apa yang telah saya tanda tangani untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah walaupun pimpinan PAS Pusat tolak.
"Saya akan meyakinkan atas apa langkah yang saya ambil, dan untuk mengukuhkan dan mempertahankan kerajaan Selangor kepada PR adalah satu yang tidak bertentangan dengan dasar PAS," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Namun, Shaari yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.
"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.
Sementara ADUN Morib, Hasnul Baharuddin berkata pentadbiran Abdul Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat kerjasama PAS, DAP dan PKR selepas ADUN Pelabuhan Klang itu mengumumkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak wujud lagi di Selangor.
"Saya dengan jelas berada di sini untuk memberikan sokongan padu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat hari ini dimana Tan Sri Khalid tidak lagi mendapat majoriti dalam dewan dan juga beliau telah tidak menganggotai mana-mana parti dalam pakatan Rakyat jadi dengan jelas bahawa beliau tidak mempunyai aspirasi dalam Pakatan Rakyat
"Semalam pun beliau mengatakan Pakatan Rakyat bukanlah satu parti yang berdaftar, jadi semangat dan roh Pakatan Rakyat sudah tidak ada ada.
"Jadi saya menyokong penuh langkah Pakatan Rakyat pada hari ini untuk ambil alih kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media yang sama.
Irwan Muhammad Zain
Thu Aug 14 2014
SAARI: Saya berpegang kepada apa yang telah saya tanda tangani untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah walaupun pimpinan PAS Pusat tolak
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.