KUALA LUMPUR: Selepas empat hari digerakkan, petisyen Pengampunan Diraja Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih belum dapat mencapai angka 10,000 tandatangan.
Berdasarkan pemantauan di portal Change.org setakat jam 11.30 malam tadi, kira-kira 8,200 tandatangan diperoleh dengan purata kira-kira 2,000 tandatangan sehari.
Petisyen terbabit antara lain meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, agar memberikan Pengampunan Diraja serta-merta terhadap Najib.
Ia turut meminta agar Yang di-Pertuan Agong menitah Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM untuk menghadap baginda berhubung bukti kes melibatkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Angka tersebut jauh berbeza dengan satu lagi petisyen dilancarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang turut digerakkan pada empat hari lepas.
Petisyen itu bagi meminta Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib.
Berdasarkan pemantauan di laman web sama, petisyen itu berjaya mengumpul lebih 110,000 tandatangan selepas empat hari digerakkan.
Meskipun jumlahnya agak perlahan sejak dua hari kebelakangan ini - semalam mencatatkan lebih 101,000 tandatangan - namun jumlahnya boleh dikatakan lebih 10 kali ganda daripada satu lagi petisyen.
Selain dua petisyen tersebut, satu lagi petisyen bertajuk Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak digerakkan pada dua hari lepas.
Walaupun baru dua hari, jumlah tandatangan dilihat mengatasi petisyen pengampunan buat Najib dengan mencatatkan lebih 9,300 tandatangan setakat jam 11.30 malam tadi.
Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Mohd Nazlan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, susulan keengganan pihak pembelaan untuk memfailkan sebarang hujahan, panel tiada pilihan lain selain memberi fokus kepada 94 alasan rayuan yang difailkan melalui petisyen sebelum ini.
Astro Awani
Sun Aug 28 2022
Selasa lepas, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
Pembiayaan tambahan RM2 bilion: Najib percaya BOD buat keputusan demi kepentingan SRC
Datuk Seri Najib Tun Razak percaya BOD SRC akan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan syarikat.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Najib tidak tanya siasatan dana SRC dibekukan di Switzerland - Mahkamah diberitahu
Najib menegaskan beliau percaya apa yang diterima dalam akaunnya itu adalah wang derma.
'AS$120 juta yang dikredit ke akaun saya bukan daripada pendapatan peribadi' - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa AS$120 juta yang dikreditkan ke dalam akaun bank beliau melalui tiga transaksi bukanlah pendapatan peribadinya.
Najib: Tugas Lembaga Pengarah urus dana SRC
Najib berkata beliau mempercayai BOD untuk mengendalikan hal ehwal syarikat itu kerana ia terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi.
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.
Saman 1MDB: Jho Low pindah US$2.4 juta wang 1MDB ke akaun selebriti Hollywood
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Jho Low menggunakan syarikat samaran miliknya, untuk memindahkan sejumlah US$2.4 juta daripada 1MDB ke dalam akaun bank selebriti Hollywood.
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.