KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
  • Bekas Perdana Menteri itu mendakwa telah dihukum atas tanggungjawab yang dipikulnya walaupun dengan jelas beliau bukanlah dalang kepada skandal itu.
  • Tambahnya, beliau tidak pernah sekalipun bersengkongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang merupakan individu utama dalam kes tersebut.


Menerusi kenyataan dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar, bekas Perdana Menteri itu mendakwa telah dihukum atas tanggungjawab yang dipikulnya walaupun dengan jelas beliau bukanlah dalang kepada skandal itu.

Malah tambahnya, beliau tidak pernah sekalipun bersengkongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang merupakan individu utama dalam kes tersebut.

‘’Saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang. Saya masih lagi terkejut dengan mendalam apabila mengetahui kini kepincangan, perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan serta pelanggaran undang-undang yang telah berlaku di 1MDB.

‘’Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB. Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau sengaja benarkan adalah tidak adil kepada saya.

"... dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah,’’ kata Mohamad Nizar ketika membacakan kenyataan bapanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.



Selain itu, dakwa Najib lagi beliau tidak sedar bahawa PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan secara tidak sengaja menerima wang daripada dana tersebut yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

‘’Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah merupakan sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi.

‘’Sepertimana yang telah ditetapkan dalam prosiding mahkamah, memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi.

‘’Sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil,’’ ujarnya lagi.


"Saya bukanlah dalang yang terlibat dengan Jho Low" - Anak Najib

Dakwanya lagi, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza dan telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau lebih cenderung mempercayai penjelasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.

Justeru, beliau berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepadanya dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah dihukum walaupun jelas saya bukan dalang.." - Anak Najib