ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurut beliau, selagi dirinya memegang jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, kesemua 30 Ahli Parlimen BN akan terus memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.
Ahli Parlimen Bagan Datok itu turut mengakui, tugas untuk mempertahankan kerajaan ketika ini merupakan antara cabaran parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dalam tempoh enam bulan pertama selepas PRU15.
Bagaimanapun, jelasnya, kombinasi yang dibentuk antara BN dan Pakatan Harapan (PH) adalah merupakan yang terbaik meskipun sebelum ini dirinya pernah 'alergik' dengan parti yang menggunakan warna biru yang lebih muda itu.
"(Kerajaan hari ini) bukan tidak ada cabaran, (memang ada) termasuk baru-baru ini (wujud laporan) kononnya 15 orang ahli Parlimen BN hendak letak jawatan, (dan berikan laluan) kepada Pilihan Raya Kecil (PRK).
"Saya tidak mahu mendahului hukum Allah, (tetapi) insya-Allah sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, saya akan mempertahan semua Ahli-Ahli Parlimen BN (dan mereka) akan terus memberikan sokongan kepada Anwar (sebagai Perdana Menteri)," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate, di sini, malam tadi.
Terdahulu pada majlis sama, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar adalah stabil, utuh dan berfungsi untuk terus mentadbir negara ini.
Jelas beliau, fokus kerajaan ketika ini adalah untuk memulihkan ekonomi, membantu serta menjaga kebajikan rakyat terutamanya selepas pandemik COVID-19.
Sebelum ini, portal berita melaporkan terdapat percubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan oleh gerakan yang disertai beberapa Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Abd Hadi Che Awang
Sat Apr 29 2023
![30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid 30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682728858_HimpunanMADANIKeda.jpg)
Ahmad Zahid bersama Anwar ketika hadir pada Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate, di Alor Setar, malam tadi. - Facebook Anwar Ibrahim
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid 30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682728858_HimpunanMADANIKeda.jpg)
30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid
Menurutnya, selagi beliau Pengerusi BN dan Presiden UMNO, kesemua 30 Ahli Parlimen BN akan terus memberikan sokongan kepada Anwar.