Pengundi atas pagar adalah kelompok yang bakal menentukan kemenangan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) ini.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Amer Shaifude Ghazali, terdapat hampir 50 peratus kelompok pengundi muda yang tidak pasti atau berada atas pagar.

Dari segi jumlah keseluruhan pula, terdapat 21 peratus pengundi yang tidak pasti di mana 53 peratus daripadanya adalah kaum Cina, 37 peratus kaum Melayu dan 10 peratus kaum India.

“Apa harapan kami adalah untuk setiap parti politik ini merangka strategi untuk mencapai kemenangan bedasarkan kelompok tidak pasti ini mengikut hasil kajian UMCEDEL,” kata Amer kepada Agenda Awani.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan beberapa strategi yang wajar digunakan setiap parti politik bedasarkan hasil kajian dan temuramah daripada 20,000 responden.

Tambahnya, kelompok atas pagar ini sebenarnya yang bakal menentukan kemenangan parti menjelang PRU13 ini, bukan sokongan tegar daripada penyokong masing-masing.

Saksikan laporan penuh menerusi klip video disediakan Agenda Awani.