Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung tidak akan memohon maaf kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana melabel ahli politik veteran itu seperti 'Touch n Go'.

Tegas beliau dakwaannya adalah tepat kerana Lim Kit Siang sering bertukar kawasan untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) demi kepentingan diri.

Beliau mendakwa Kit Siang mengumpul banyak pencen Adun dan Ahli Parlimen sedangkan khidmat kepada rakyat tidak dititiberatkan.

Pada masa sama Chor mempersoalkan calon PKR, Gooi Hsiao Leung yang akan bertanding di Parlimen Alor Setar kerana tidak konsisten membantu rakyat.

Pada PRU ke-12 Hsio Leong bertanding mewakili PKR di kerusi sama namun kalah di tangannya yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 184 undi.