Persetujuan PAS supaya DAP menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai langkah yang salah dalam perjuangan parti itu membangunkan agama Islam dan umat Islam, kata seorang tokoh akademik.
Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin Datuk Prof Dr Hussin Abdul Rahman berkata beliau melihat keputusan itu sebagai suatu cara PAS untuk memenangi hati pemimpin DAP dan pada masa yang sama kerana ia mahu memerangi Umno secara habis-habisan.
Beliau yang juga bekas pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, berkata tumpuan PAS untuk memerangi Umno habis-habisan itu akan menyebabkan proses membina dan membangunkan sebuah generasi dan peradaban Islam diabaikan.
Langkah itu, katanya berbeza dengan cara Umno yang merancang untuk memenangi Islam melalui strategi maqassid.
"Tesis pemimpin PAS adalah apabila Umno musnah, apabila pakatan PAS, PKR dan DAP memerintah, maka di situlah Islam terbangun...(tesis pemimpin PAS) proses ini tidak betul," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Akhbar hari ini melaporkan PAS tidak akan menarik balik persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada PRU-13 meskipun ia menimbulkan keresahan anggotanya di peringkat akar umbi.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata bahawa kebenaran itu diberikan kerana PAS dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.
Dr Hussin turut mempersoalkan bagaimana PAS boleh mengharapkan pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta pemimpin PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk membangunkan Islam dan Melayu?
"Langkah membenarkan DAP menggunakan logo PAS menyamai memberi tapak atau platform dan nafas untuk menjamin survival DAP secara habis-habisan, sekali gus strategi pakatan untuk memerangi Umno habis-habisan, ini langkah yang tidak baik, dari sudut dasar, strategi dan taktik salah dan silap," katanya.
Sementara itu tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata pendirian PAS membenarkan DAP untuk menggunakan lambang parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ini, telah dijangka.
"Keputusan boleh diubah-ubah. Perlembagaan (parti) adalah benda yang kita tulis. Orang boleh ubah. Apa-apa perkara yang berbangkit daripada itu, tak payah fikir.
"Apa yang penting dilihat ialah PAS sanggup bersekongkol dengan DAP, parti cauvinis yang selama ini menentang keistimewaan Melayu dan Islam. Apa yang dia (PAS) buat tak perlu jadi perhitungan lagi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai calon bukan Islam yang bakal diletakkan PAS di beberapa kawasan pada pilihan raya umum nanti, Mahmood Zuhdi mengandaikan PAS tidak mempunyai pengalaman yang luas.
"Saya rasa, (PAS) kurang pengalaman dalam mengurus pendirian parti berkaitan komposisi kaum dalam parti. Jadi kita ingat orang sama dengan kita, naif. Dengan cara itu dia merombak status quo yang ada, terutama perjuangan Islam.
"Sebuah parti Islam seharusnya berdiri di atas kaki sendiri dan perlu percaya kepada Tuhan. Kemenangan akan dicapai tanpa mengubah pendirian. Kalau tak mampu berjuang, duduk diam-diam," katanya.
Bernama
Tue Apr 09 2013
![Benarkan DAP guna lambang Pas, langkah yang salah Benarkan DAP guna lambang Pas, langkah yang salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365466988_295x200.jpg)
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701188889_YoungSyefuraOthman.jpg)
DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi
Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan berbahaya serta menggugat ketenteraman awam.
![PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri
DAP bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan bulan depan sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana parti gab
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718694604_NgaKorMing.jpg)
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
![DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720269307_AnthonyLokeSiew.jpg)
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16 HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719152835_TBAnthonyLoke.jpg)
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
![[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap [KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719013486_tbGManimaran.jpg)
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_TeoNieChing.jpg)
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
![Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716119324_TeresaKokPDRM.jpg)
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.