Kira-kira 70 peratus pengundi pos luar negara keluar mengundi di 100 pejabat perwakilan Malaysia, Ahad lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata pengundi luar negara yang berdaftar berjumlah 8,756 orang, dan daripada jumlah itu, 6,092 hadir pada masa penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pada hari berkenaan.
Abdul Aziz berkata pengundi tidak hadir (PTH) ialah seramai 2,633 orang dan mereka bertanggungjawab menghantar sendiri kertas undi secara pos ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya masing-masing di Malaysia sebelum 5 petang, 5 Mei ini.
"Saya sangat gembira dengan respon dari rakyat Malaysia di luar negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata dengan lebih 2,000 pengundi, Australia mencatat jumlah pengundi Malaysia di luar negara paling ramai mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 ini.
Beliau berkata beg diplomatik yang mengandungi kertas undi pos yang diterima pihaknya itu akan dihantar terus ke pejabat SPR negeri sebelum disalurkan ke pejabat RO di seluruh negara.
"Sebanyak 100 pejabat perwakilan Malaysia telah menghantar laporan berhubung proses pilihan raya di sana manakala tiga pejabat perwakilan lagi dilaporkan tiada pengundi yang hadir," jelasnya.
Beliau berkata kertas undi pos dan undi awal itu akan dibuka dan dikira pada hari yang sama dengan kertas undi biasa iaitu pada 5 Mei.
Bernama
Tue Apr 30 2013
![70% pengundi pos luar negara keluar mengundi 70% pengundi pos luar negara keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71367139646_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723523573_programpengumumanS.jpg)
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
![PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723446464_persiapan.jpg)
PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini
Enam daripada 20 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.
![Permohonan Mohd Azizi untuk hentikan PRK Nenggiri bersifat akademik Permohonan Mohd Azizi untuk hentikan PRK Nenggiri bersifat akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723037296_TBMohdAzizi.jpg)
Permohonan Mohd Azizi untuk hentikan PRK Nenggiri bersifat akademik
Peguam Kanan Persekutuan berkata ini kerana suruhanjaya itu telah mengarahkan agar PRK diadakan bagi kerusi DUN Nenggiri.
![PRK Nenggiri: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya PRK Nenggiri: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722673937_calonBarisanNasion.jpg)
PRK Nenggiri: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK DUN Nenggiri.
![Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok
PRK DUN Nenggiri akan bermula esok dengan proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana.
![PRK Nenggiri: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 13 Ogos PRK Nenggiri: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 13 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722567965_NikRaisnanDaud.jpg)
PRK Nenggiri: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 13 Ogos
Kesemua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.
![39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu 39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037324_TBPRNMELAKA.jpg)
39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
![PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720227296_PusatMengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
![Mesyuarat SPR berlangsung, bincang urusan PRK DUN Nenggiri Mesyuarat SPR berlangsung, bincang urusan PRK DUN Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Mesyuarat SPR berlangsung, bincang urusan PRK DUN Nenggiri
Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada pukul 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan.
![PRK Sungai Bakap: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen PRK Sungai Bakap: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719032436_tbPRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Sungai Bakap.