Isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Ketua Marsyal Udara Australia, Angus Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Australia yang juga ketua pasukan pencarian antarabangsa pesawat MH370 kini sedang mempertimbangkan untuk mengerah aset carian ke kawasan tersebut serta meminta China untuk memberikan maklumat lanjut berkenaannya.
Dalam satu kenyataan oleh Agensi Pusat Koordinasi Bersama (JACC) mendakwa, beberapa objek putih juga kelihatan di permukaan lautan kira-kira 90 kilometer dari kawasan yang dikesan.
"Kita sedang mempertimbangkan untuk menghantar RAAF ke kawasan di mana kapal China mengesan bunyi tersebut,” kata Houston merujuk kepada Tentera Udara Diraja Australia.
Terdahulu, kapal dari China mengesan isyarat dari frekuensi pada Sabtu yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, di ketika harapan dalam misi pencarian itu seolah-olah kian pudar.
Sementara itu, agensi berita negara China, Xinhua , melaporkan pengesan kotak hitam di kapal Haixu 01 menerima isyarat pada frekuensi 37.5kHz , namun Australia memberi amaran bahawa tiada bukti isyarat tersebut ada kaitannya dengan pesawat MH370.
Menurut pakar, pengesan ping yang diguna oleh kapal China beroperasi dengan kedalaman maksimum 600 kaki berbanding dengan pengesan ping yang diguna Australia yang boleh mengesan sehingga kedalaman 20,000 kaki dan jauh dari bunyi bising permukaan.
Xinhua berkata pengesan ping yang digunakan Haixun 01 menerima isyarat di sekitar 25 darjah latitud dan 101 darjah timur.
Sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal akan membantu dalam misi pencarian Ahad ini.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan kepada tiga kawasan carian berasingan iaitu kira-kira 2,000 kilometer ke utara barat Perth yang berjumlah 216,000 kilometer persegi.
Cuaca di kawasan carian dijangka baik dengan asas awan 2,500 kaki dan penglihatan jelas lebih daripada 10 kilometer.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia terus mengkaji kawasan di mana pesawat itu memasuki air berdasarkan analisis teknikal satelit dan prestasi pesawat yang diluluskan oleh pasukan penyiasatan nahas udara antarabangsa yang terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, UK, China dan Australia.
Astro Awani
Sun Apr 06 2014

Pesawat RAAF P3 Orion yang digunakan dalam misi pencarian MH370 - Gambar Fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada pengesahan isyarat detik yang dikesan berkaitan MH370
Australia sedang mempertimbangkan untuk mengerah aset carian ke kawasan tersebut serta meminta China untuk memberikan maklumat lanjut berkenaannya.