Waris penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370 mahu deklarasi kesemua 239 penumpang yang diisytiharkan terkorban oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Khamis ditarik balik.
Ia jelas dinyatakan Grace Subathirai, anak salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy yang melihat pengumuman itu tidak sah selagi tidak ada sebarang kesimpulan daripada misi pencarian pesawat malang berkenaan.
"Seharusnya ditarik balik, mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai?
"Saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam, kami juga tidak dimaklumkan malah tidak diberitahu apa-apa sebelum keputusan mengadakan sidang media itu," katanya semasa sidang media khas waris MH370 di sini pada Jumaat.
Pada Khamis, DCA dengan rasminya mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.
Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 rakyat Malaysia.
Sementara itu, situasi sama berlaku di Beijing apabila ahli keluarga penumpang MH370 turut menolak deklarasi yang diumum DCA.
Jurucakap Voice370 juga mendesak kerajaan Malaysia menarik semula kenyataan berkenaan yang disifatkan tidak boleh diumum tanpa sebarang bukti kukuh.
"Kami sudah memberitahu sebelum ini dan hari ini kami mengulanginya kembali, kami bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kehilangan anggota keluarga di dalam MH370.
"Namun kami tidak mahu pengumuman kematian ahli keluarga yang berada di dalam pesawat MH370 tanpa sebarang bukti yang kukuh," katanya.
Jurucakap itu turut memberitahu, kuasa mereka dilihat terlalu terbatas berbanding kerajaan, namun berharap suara mereka didengari dan dipertimbang pihak berkuasa.
"Kami merayu kerajaan Malaysia, China dan Australia agar misi mencari diteruskan.
"Kami meminta agensi lain seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) turut membantu dan meyakinkan misi mencari harus diteruskan sehingga pesawat itu ditemui semula," jelasnya.
Astro Awani
Fri Jan 30 2015

WARIS MH370: Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat. -Gambar fail

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.

China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.