Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 belum menyasarkan lokasi sebenar di mana ia benar-benar hilang, setelah operasinya terganggu buat seketika ekoran pengesanan isyarat palsu sebelum ini, kata syarikat Inmarsat.
Seorang saintis Inmarsat, Chris Ashton memberitahu rancangan Horizon terbitan syarikat penyiaran British, BBC bahawa syarikat itu telah membuat perkiraan lokasi ‘panas’ yang terletak di Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai hilang.
Pesawat malang itu hilang dari pengesanan radar pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Selepas itu, beberapa jam isyarat ping dari pesawat MH370 dikesan Inmarsat yang telah membawa kepada pengiraan jarak serta lokasi pesawat.
Susulan itu juga kapal Ocean Shield milik Australia telah dikerahkan ke kawasan terbabit untuk menyiasat, namun sebelum sampai ke lokasi maklumat yang dibekalkan Inmarsat, kapal terbabit telah mengesan bunyi isyarat yang dipercayai datang dari kotak hitam milik pesawat itu.
Selama dua bulan masa dihabiskan oleh pasukan pencari dan penyelamat untuk mencari di kawasan seluas 850 kilometer persegi di bahagian Timur Laut Perth.
Namun tiada sebarang kesan pesawat ditemui oleh kenderaan robotik Bluefin-21.
“Ia bukan bermaksud kawasan carian adalah lokasi yang tidak pasti, tapi besar kemungkinan ia berada jauh dari kawasan jangkaan” kata Ashton kepada Horizon.
Pakar-pakar dari firma satelit telah memodelkan kemungkinan laluan penerbangan berpandukan isyarat ping yang diterima dengan menganggap kelajuan pesawat konsisten menggunakan autopilot.
“Kita boleh mengenalpasti laluan yang sepadan dengan kiraan frekuensi dan kiraan masa di lengkok terakhir pesawat dan kemudian kiraan akan memberi kita satu kawasan ‘panas’ yang dipercayai lokasi terakhir pesawat MH370” terang Ashton mengenai kawasan pencarian.
Agensi
Tue Jun 17 2014

Inmarsat elah membuat perkiraan lokasi panas yang terletak di Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai hilang
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

AirAsia akan naik taraf pautan WiFi dalam pesawat
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Malaysia menyasarkan untuk menaik taraf pautan WiFi dalam semua 98 pesawatnya tahun depan

MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan
Fakta siasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.

MH370: Penyiasat temui bukti ada gangguan kuasa misteri pada pesawat
Penyiasat nahas udara menemui bukti baharu berkaitan dengan penyalahgunaan peralatan di kokpit pesawat MH370.

MH370:Pencarian tidak dilakukan di kawasan 'panas' yang dikesan Inmarsat - Saintis
Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 belum menyasarkan lokasi sebenar di mana ia benar-benar hilang.

MH370: Saintis kaji bunyi misteri dikesan di selatan India
Saintis sedang mengkaji misteri satu bunyi laut dalam berfrekunsi rendah yang dikesan pada masa yang sama pesawat MH370 hilang.

MH370: MAS diminta perjelas laporan satelit kepada waris penumpang
Waris penumpang pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas meminta pihak MAS memberi perjelas laporan satelit yang dikeluarkan Inmarsat.

MH370: Data belum diproses Inmarsat didedahkan esok - Hishammuddin
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.

INMARSAT nafi dakwaan Hishammuddin bahawa ia tidak dedahkan data asal MH370
Syarikat satelit Inmarsat berkata mereka telah serahkan semua data berkenaan MH370 kepada pihak penyiasatan sejak awal lagi.

MH370: Hishammuddin gesa agensi-agensi antarabangsa tampil jawab persoalan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa agensi-agensi antarabangsa yang terlibat tampil menjawab segala persoalan.

MH370: Bagaimana ping berfungsi?
8.11 pagi pesawat MH370 menghantar Ping atau komunikasi elektronik "Handshake" kepada satelit untuk kali terakhir.