Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas meminta pihak MAS memberi penjelasan kepada keluarga pesawat berkenaan berhubung data belum diproses laporan satelit yang dikeluarkan oleh firma United Kingdom Inmarsat hari ini.
Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang yang dikenali sebagai Mohd Khairul Amri, berkata beliau menerima e-mel selain panggilan telefon daripada pihak MAS sekitar pukul 9.30 pagi berhubung data tersebut.
"Dari e-mel yang diterima, saya mendapati data yang dikeluarkan adalah sama seperti mana dalam operasi menyelamat dan mencari dahulu.
"Tiada apa yang boleh dikesan untuk dijadikan panduan dan maklumat terbaru dari e-mel tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, S.Thenmoli, 26, adik perempuan kepada S.Puspanathan mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat terkini daripada MAS.
"Sehingga kini, saya tidak terima apa-apa maklumat terbaru sejak taklimat terakhir April lepas.
"Saya pun tidak mengetahui yang laporan data satelit diedarkan kepada waris keluarga hari ini," katanya.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mengeluarkan data satelit belum diproses Inmarsat setebal 45 muka surat yang diguna untuk mengesan pola penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Dalam kenyataannya, DCA berkata log data komunikasi daripada Inmarsat, syarikat komunikasi satelit Britain itu, dan keterangan mengenainya, dikeluarkan untuk membolehkan pembaca memahami data berkenaan.
Menurut kenyataan itu, log data yang disertakan bersama nota tambahan Log Unit Isyarat (9M-MRO) bagi MH370 disediakan Inmarsat.
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencarinya, yang melibatkan bantuan beberapa negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di Lautan Hindi apabila pesawat itu dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Apabila analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di Lautan Hindi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 25 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi.'
Bernama
Tue May 27 2014

Data belum diproses laporan satelit yang dikeluarkan Inmarsat.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MH370: MAS diminta perjelas laporan satelit kepada waris penumpang
Waris penumpang pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas meminta pihak MAS memberi perjelas laporan satelit yang dikeluarkan Inmarsat.