"Kita semua sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah sangat berat. Oleh itu saya harap rakyat Malaysia, keluarga para penumpang dan keluarga kita sendiri, untuk mendoakan keselamatan kami di sini agar misi mencari MH370 dipermudahkanā€¯
Itu adalah kata-kata Pegawai Navigasi kapal KD Lekiu, Leftenan Fairul Sham Suhardi Zailis, yang kini berada di pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, Pelabuhan HMAS Stirling.
Kapal yang merupakan antara kapal paling canggih milik Tentera Laut Diraja Malaysia itu kini sedang bersiap sedia untuk bertolak ke kawasan pencarian pada Khamis.
Sebagaimana sedih perasaan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370, begitu juga perasaan yang sama dirasai oleh ahli keluarga tentera bertugas tatkala berjauhan dengan orang yang tersayang.
Isteri kepada Leftenan Fairul, Nur Mawarni telah menghubungi Astro AWANI untuk meluahkan betapa dia dan anak-anaknya merindukan Leftenan Fairul yang sudah 25 hari pergi menjalankan tugas sejak pesawat MH370 dilaporkan hilang.
Nur Mawarni turut menyatakan rasa bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh suaminya.
Leftenan Fairul merupakan salah seorang daripada 160 anggota yang ditugaskan di atas KD Lekiu untuk operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Cabaran yang digalas beliau dan seluruh anggota nyata sarat dengan pelbagai dugaan.
Paling penting, tiada rasa putus asa walau dihimpit dengan pelbagai rasa demi menjejaki MH370.
"Kepada keluarga saya, saya harap banyakkan bersabar. Apa yang penting teruskan berdoa untuk keluarga penumpang dan anak kapal.
Esok lusa, keluarga akan menyambut saya apabila pulang, apa yang penting sekarang adalah mencari penumpang dan pesawat berkenaanā€¯ katanya di akhir bicara.
Zan Azlee
Wed Apr 02 2014
Leftenan Fairul Sham Suhardi Zailis. --Foto Zan Azlee
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
KD Lekiu duta kecil Malaysia di AIME 2023
Kapal Diraja (KD) Lekiu terus memainkan peranan dalam mendukung Tonggak ke-3 Strategi Pertahanan Negara.
Malaysia hantar Sukhoi, KD Lekiu ke Singapura
Dua pesawat tempur Sukhoi SU-30MKMs dan KD Lekiu milik Malaysia turut serta dalam acara penerbangan lintas hormat dan pameran kapal tentera laut yang di adakan di Singapura hari ini.
Warga Kapal KD Lekiu negatif tapisan kesihatan kedua COVID-19
Tapisan kesihatan kedua terhadap lebih 150 pegawai dan anggota KD Lekiu yang tiba di Pangkalan TLDM Lumut mendapati kesemua mereka negatif COVID-19.
Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.
CB204: 'Kami berjaga sepanjang malam, tunggu komunikasi kapal lain' - Azri
"Kami cuba buat perhubungan kepada kapal-kapal. Tidak ada satu pun kapal sepanjang malam itu yang menyahut 'panggilan' kami...sepanjang malam itu juga hujan turun dengan lebat."
Saya tidak sabar tunggu esok - bapa Azri
Bapa salah seorang anggota TLDM di dalam bot tempur CB204 yang hilang pada Ahad dan berjaya ditemui petang Isnin, Lt. Azri Bakar menyatakan tidak sabar menunggu hari esok untuk bertemu anaknya.
Bot tempur CB204 akan ditunda ke TLDM Kota Kinabalu jika cuaca mengizinkan
Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam akan ditunda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, jika cuaca mengizinkan.
Demi MH370, Leftenan Fairul tinggalkan keluarga lebih 25 hari
Sebagaimana sedih perasaan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370, begitu juga perasaan yang sama dirasai oleh ahli keluarga tentera bertugas.
MH370: KD Lekiu mulakan misi sertai pencarian pada Khamis
KD Lekiu akan mengambil masa tiga hari untuk tiba ke kawasan carian di Lautan Hindi kira-kira 1,800 kilometer barat laut Perth.