Penulis dan penyair wanita tanah air Datuk Dr Zurinah Hassan atau lebih dikenali dengan nama pena Haniruz, hari ini diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-13.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkannya berkata tokoh kelahiran Bakar Bata, Kedah itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria antaranya sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterima.
Pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Penganugerahan itu melayakkan Zurinah menerima wang tunai sebanyak RM60,000, Warkah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskhah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.
Zurinah juga layak menerima kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, menerbitkan karya serta penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing.
Mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 65, mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour", 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004 serta Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013 serta Hadiah Sastera Perdana sejak 1971 hingga 2003.
Sebelum ini, sasterawan ulung Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenal dengan nama pena Baha Zain dipilih sebagai Sasterawan Negara ke-12.
Bernama
Tue Oct 13 2015
Penganugerahan itu melayakkan Zurinah menerima wang tunai sebanyak RM60,000, Warkah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskhah karya beliau. - Gambar Fail
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Usaha martabat Bahasa Melayu menerusi Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023
SAABM 2023 ini adalah aspirasi daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 2022 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hari Puisi Malaysia disambut bergilir-gilir di setiap negeri
Melaka dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ke-3 HPM dengan majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
PM Ismail Sabri deklamasi puisi untuk sampaikan mesej cintakan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini memilih untuk berpuisi bagi menyampaikan mesej kecintaannya pada negara.
JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.
Perginya Marjan S penyair posmen (1967 - 15 Januari 2021)
Marjan S saya anggap saudara, satu 'baiah' anak dagang asal Kedah yang melilau mencari jalan menjadi penyair dalam meriah semangat Pasar Seni 33 tahun lalu.
KLWBC 2020: Wook & puisi sederhana yang indah
Wikunila MS terkenal dengan kata "pualam" dan manakala Zulkifli sukakan imej nelayan.
KLWBC 2020: Facebooker sastera Dr Fahd Razy
Aplikasi Facebook turut menyediakan sistem paling mudah untuk mengukur interaksi dan perkongsian sesebuah karya.
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa (2)
Hakikatnya, wanita punya sejarah luar biasa. Gerakan massa kaum ibu bermula pada 28 Februari 1908.
KLWBC 2020: Misteri & magis Zaen Kasturi
Internet boleh memberikan maklumat mengenai penulis misteri ini, melebihi apa yang boleh diceritakan Zaen Kasturi secara peribadi.
KLWBC2020: Si anarkis Chairil Anwar dan si romantis Karim Mohd
Karim sasterawan muda yang muncul dengan watak kepenyairan yang anarkis; tetapi romantis.