KUALA LUMPUR: Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata Zoo Negara kini menjana pendapatan kira-kira RM600,000 hingga RM800,000 sebulan, dengan jumlah kedatangan pengunjung seramai 100,000 bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Beliau berkata terdapat situasi kedatangan pengunjung yang terlalu ramai sehingga menyebabkan kesesakan di pintu masuk zoo yang terletak berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) di sini.
Menurutnya ini menyebabkan pihak polis terpaksa membantu mengawal kesesakan yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika hujung minggu.
"Kami benar-benar menarik nafas lega atas perkembangan positif ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis ulang tahun Malaysian Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) ke-25 di sini hari ini.
Rosly berkata kehadiran anak ketiga kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China yang diberikan nama Sheng Yi juga bagaikan menambah seri zoo berkenaan apabila ia menjadi antara tarikan utama pengunjung.
Zoo Negara sebelum ini berdepan krisis kewangan yang teruk ekoran ketiadaan pengunjung susulan pelaksanaan PKP akibat pandemik COVID-19 sehingga memaksa pihak zoo memohon bantuan dana bagi menampung kehidupan haiwan yang berada di situ.
Situasi itu turut menarik perhatian pendakwah dan aktivis sosial Ebit Lew yang menghulurkan sumbangan makanan 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayur-sayuran kepada haiwan di Zoo Negara.
Bukan itu sahaja, sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.

Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.

Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kelulusan RM5 juta itu juga ditambah dengan dana terkumpul menerusi program CSR oleh syarikat terlibat berjumlah RM5 juta.

Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.

NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang.

Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi
Dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di negara ini iaitu Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang ke China, semalam.

Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya
Azrennizam memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses pemunggahan.

Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.