SEPANG: Kepulangan anak panda gergasi, Yi Yi dan Sheng Yi ke China meninggalkan kesan mendalam kepada seorang daripada penjaganya, Azrennizam Ibrahim.
Ketika proses pemunggahan kedua-dua anak panda itu di hotel haiwan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Azrennizam, 46, dilihat memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses tersebut.
Sekali sekala, beliau mengesat air mata sambil mengusap sangkar anak panda berkenaan.
"Saya cuma harap penjaga panda ini nanti akan jaga sebaik mungkin, kerana kami jaga seperti menatang minyak yang penuh," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas proses pemunggahan Yi Yi dan Sheng Yi.
Sejurus tiba di hotel haiwan berkenaan, Yi Yi dan Sheng Yi ditempatkan di sebuah bilik yang sama untuk tempoh bertenang selepas menempuhi perjalanan kira-kira setengah jam dari Zoo Negara, selain turut diberi makan dan minum.
Azrennizam berkata pengalaman menjaga anak-anak panda tersebut termasuk ibu bapa haiwan itu adalah perkara paling berharga dan tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.
"Saya pasti akan sentiasa teringat keletah manja dan nakal anak panda tersebut terutamanya si bongsu Sheng Yi.
"Saya melihat dan menjaga adik-beradik panda ini sejak dari kecil termasuk yang sulung Nuan Nuan," katanya yang berharap dapat berjumpa kembali dengan adik-beradik panda itu suatu hari nanti meskipun agak mustahil.
Dua anak panda gergasi tersebut yang dihantar pulang ke China hari ini dijadualkan berlepas dengan penerbangan kira-kira 10.30 malam.
Nuan Nuan yang dilahirkan pada 8 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi (30 Mei 2021) merupakan anak pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang.
Nuan Nuan telah pun dihantar ke China pada 2017.
Ibu bapa panda tersebut dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Yi Yi berada di dalam sangkar sebelum dihantar pulang. --fotoBERNAMA
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
PM minta himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di ibu negara hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.
Panda gergasi Fu Bao buat kemunculan pertama di China
Panda gergasi pertama yang dilahirkan di Republik Korea (ROK), Fu Bao bertemu orang ramai buat pertama kali sejak kembali ke Wilayah Sichuan di barat daya China.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
China: Usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar catat pencapaian menggalakkan
Antara spesies yang berjaya ditambah populasinya ialah panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Leka bergambar, kakitangan zoo berjaya selamatkan remaja jatuh dalam kandang panda
Seorang remaja berjaya diselamatkan selepas masuk ke kandang panda gergasi di Zoo Adelaide untuk mendapatkan telefon pintarnya.
Tuan Tuan sudah tiada, mati akibat serangan sawan
Zoo Taipei memaklumkan panda yang diberi nama Tuan Tuan itu beberapa kali mengalami serangan sawan.
Anak ketiga pasangan panda gergasi diberi nama Shen Yi
Nama yang diberikan kepada anak panda itu membawa maksud keamanan dan persahabatan.
Huan Huan, panda dipinjamkan ke Perancis bunting lagi - Zoo Beauval
Huan Huan dijangka melahirkan bayinya akhir bulan ini atau awal bulan Ogos.
Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.