Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti negeri perlu mencapai kata sepakat dalam isu hukum wanita hamil menggugurkan janinnya yang belum berusia 120 hari sekiranya dijangkiti virus Zika.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam perkara ini sangat mustahak kerana ia dapat membantu pihak profesional memberi nasihat kepada pesakit, dengan mengambil kira pandangan agama.
Dr Subramaniam mengulas pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berkata, wanita Islam boleh menggugurkan kandungan jika dijangkiti virus Zika, berkata, setakat ini, pengguguran yang dibenarkan di negara kita adalah ‘pengguguran terapeutik’ yang dilakukan hanya sekiranya nyawa ibu mengandung terancam.
“Jika Mufti Wilayah Persekutuan, berkata demikian, ia harus diterima oleh Mufti yang lain. Ini sangat mustahak kerana kita pun akan dibantu melalui satu pendirian agama yang jelas dalam perkara ini. Ia juga akan membantu pihak profesional.
“Kalau semua mufti boleh kongsi pandangan sama dan untuk kita memberi nasihat kepada pesakit dalam keadaan itu senang. Perkara ini, melibatkan dua-dua pihak. Bukan sahaja profesional tetapi juga pandangan agama.
“Contoh di Singapura, ia dibenarkan, jadi untuk mereka senang. Dalam sistem perundangan di Singapura, mereka membenarkan perkara itu, jadi untuk mereka menasihat, senang. Walaupun saya menerima secara baik pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, tetapi ini mesti menerima persetujuan oleh pihak agama yang lain supaya mereka berbulat suara dalam perkara ini.”
Katanya, perkara itu akan membantu pihak kementerian menggubal dan mengeluarkan panduan yang lebih sesuai yang boleh diberi secara umum kepada semua orang.
Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan orang Islam boleh menggugurkan kandungan dengan syarat janin belum mencapai usia 120 hari (tiga bulan) serta mendapat persetujuan ibu bapa selepas diberi kefahaman mengenai kesan virus berkenaan.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 06 2016
Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti negeri perlu mencapai kata sepakat dalam isu hukum menggugurkan janin bagi ibu dijangkiti virus Zika.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Ajaran Hadi Minallah: Segerakan muzakarah fatwa peringkat negeri - Ahmad Marzuk
Majlis Agama Islam Negeri digesa untuk lebih proaktif dalam mengadakan muzakarah berhubung fatwa bagi mengekang terhadap pengasas mahu pun gerakan ajaran sesat.
Zika: Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti perlu capai kata sepakat mengenai pengguguran
Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti negeri perlu mencapai kata sepakat dalam isu menggugurkan janin yang belum mencapai 120 hari bagi wanita hamil dijangkiti virus Zika.
Isu kurta: Jangan terpengaruh pihak cuba timbul kegusaran agama - Jamil Khir
Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba menimbulkan 'kegusaran agama' dengan mempolemikkan isu tertentu.
MH370: Pelaksanaan solat jenazah ghaib tidak perlu sekarang - Majlis Fatwa
Jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud).
Mahfuz Omar gesa Majlis Fatwa Kebangsaan selesaikan isu kalimah Allah bagi elak kekeliruan
Menurutnya, masyarakat sedang keliru dengan keputusan kerajaan pusat yang sebaliknya membenarkan pengunaan kalimah Allah untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan lulus pelantikan dua Felo Fatwa atas talian
Kerajaan meluluskan pelantikan dua Felo Fatwa yang akan menjawab sebarang persoalan berkaitan hukum secara atas talian.