KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin hari ini gagal dalam tuntutan samannya terhadap Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi dua artikel.
Ini berikutan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee menolak saman Zamihan selaku plaintif terhadap Mohd Asri sebagai defendan yang difailkan pada Julai 2019.
Lee dalam penghakimannya berkata, plaintif gagal untuk membuktikan terdapatnya penerbitan kenyataan fitnah terhadapnya menerusi dua artikel berkenaan kerana tiada sebarang saksi yang dikemukakan oleh plaintif untuk mengesahkan percakapan defendan.
"Kedua-dua artikel tersebut tidak boleh dirujuk dan dipertimbangkan oleh mahkamah, oleh itu tiada sebarang bukti untuk mengesahkan penerbitan artikel berkenaan," katanya semasa menyampaikan keputusan kes saman itu secara dalam talian.
Lee berkata, dalam kes ini, plaintif mendakwa defendan memberikan kenyataan kepada wartawan yang kemudiannya menulis dan menerbitkan artikel-artikel itu.
"Ini bermakna, pembuat atau penulis artikel perlu hadir ke mahkamah dan secara rasminya mengesahkan artikel itu tulisan mereka, barulah artikel itu boleh diterima pakai, dirujuk dan dipertimbangkan oleh mahkamah ini.
"Malangnya, perkara ini tidak dilakukan dalam kes ini dan plaintif tidak memanggil saksi-saksi bagi membuktikan kewujudan artikel tersebut.
"Oleh yang demikian, adalah penting untuk plaintif memanggil wartawan yang mendengar kenyataan-kenyataan tersebut bagi mengesahkan terdapatnya percakapan sedemikian daripada defendan. Oleh itu, tuntutan saman plaintif ditolak dengan kos," katanya yang turut memerintahkan plaintif membayar kos RM40,000 kepada defendan.
Prosiding itu turut disertai Zamihan yang tidak diwakili peguam dan Mohd Asri serta dua peguamnya iaitu Faizal Rahman dan Fatima Zulaikha Ahmad Bashri.
Perbicaraan kes saman itu telah berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai lepas dengan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan enam saksi untuk memberikan keterangan.
Plaintif mendakwa, ucapan Mohd Asri itu disiarkan di portal berita Malaysiakini dan kenyataan fitnah itu secara langsung merujuk kepada kerjaya, jawatan dan ia tidak benar selain membawa maksud bahawa plaintif tidak berintegriti, pembohong dan mengelirukan orang awam dengan hukum Islam yang karut.
Zamihan mendakwa, kenyataan fitnah itu adalah berniat jahat dan mendedahkan dirinya kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan dalam masyarakat dan menuntut antaranya ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, permohonan maaf daripada defendan, perintah injunksi melarang defendan sama ada secara langsung atau tidak mengeluarkan kenyataan itu dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, Zamihan memaklumkan kepada mahkamah beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Zamihan Mat Zin (kiri) gagal dalam tuntutan samannya terhadap Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi dua artikel. - Gambar fail

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Zamihan gagal dalam samannya terhadap Mufti Perlis
Zamihan gagal dalam tuntutan samannya terhadap Mohd Asri yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi dua artikel.

Pengurusan kes saman pendakwah warga Kanada terhadap Zamihan pada 30 Nov
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Meor Amir Meor Omar Baki mewakili Abu Ameenah.

Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan
Panel hakim diketuai Datuk Rohana Yusof mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April 2017 lalu.

Zamihan dinasihat berhenti sensasikan keadaan, isu Arab Saudi - Nur Jazlan
KDN meminta pendakwah kontroversi, Zamihan Mat Zin supaya berhenti bercakap mengenai isu yang boleh mensensasikan keadaan khususnya berkaitan Arab Saudi.

Zamihan pakar pulihkan tahanan militan - TPM Ahmad Zahid
Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin merupakan aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan.

Zamihan dibebas dengan jaminan polis
Zamihan Mat Zin yang direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman.

Proses deradikalisasi di Malaysia berjaya
Sejak penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963, negara berjaya mematahkan ancaman dan segala bentuk keganasan yang cuba menular merosakkan demokrasi negara.