KUALA LUMPUR: Pengarah Kanan Pengurusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Zainuddin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa Isnin lepas (13 Sept).
Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dipersetujui Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, bagi menggantikan Zulkifly Md Said yang bersara wajib.
"Dengan pelantikan tersebut, beliau akan membantu usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekali gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030," menurut kenyataan itu.
Zainuddin yang sebelum ini menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam.
Beliau juga pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik di Tourism Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Pelantikan Zainuddin telah dipersetujui Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, bagi menggantikan Zulkifly Md Said yang bersara wajib. - Foto Tourism Malaysia

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

#DahSampai: Pemain industri pelancongan perlu kreatif, teroka pelbagai platform
Infrastruktur harus sentiasa dinaik taraf selari dengan pakej-pakej yang ditawarkan bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

Cipta kandungan video produk pelancongan antara tugasan peserta TOMER 2023
Menghasilkan kandungan video promosi produk pelancongan di merupakan antara tugasan yang perlu dipenuhi oleh 80 peserta Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023.

Zainuddin Abdul Wahab dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu
Pengarah Kanan Pengurusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Zainuddin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu.

COVID-19: Semua aktiviti Tahun Melawat Malaysia 2020 diteruskan ketika ini
Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) akan diteruskan seperti biasa.