SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan bekas Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat iringan bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan eVisa kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) selama enam tahun bermula 2019.
Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Operasi Kementerian Sumber Manusia berkata, beliau telah diarahkan oleh bekas timbalan perdana menteri itu untuk mengeluarkan surat tersebut kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 14 Feb 2017.
"Bersama-sama surat tersebut, saya kepilkan sepucuk surat UKSB kepada Datuk Seri Ahmad Zahid bertajuk Lanjutan Tempoh Pelaksanaan Sistem VLN dan Evisa Bagi Tempoh Enam Tahun bermula 31 Okt 2019 sehingga Tahun 2025 Adalah Sejajar Dan Seiring Dengan Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bertarikh 8 Feb 2017," katanya.
Saksi kesembilan itu berkata sedemikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong.
Pada 22 Dis tahun lepas, saksi pendakwaan keenam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Alwi Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Ahmad Zahid yang melanjutkan kontrak UKSB bagi pelaksanaan sistem VLN kerana terlalu awal sedangkan tempoh tamat kontrak itu masih panjang.
Muhd Khair, 56, berkata Ahmad Zahid juga mengarahkannya supaya mengeluarkan dua lagi surat iringan kepada KSU KDN, pada 16 Mei dan 16 Jun 2017.
Surat bertarikh 16 Mei adalah bagi permohonan melanjutkan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan One Stop Centre (OSC) Bagi Kemudahan Visa di China untuk tempoh enam tahun manakala surat bertarikh 16 Jun mengenai cadangan lanjutan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan itu selama tiga tahun bermula15 Mei 2018.
Sementara itu, saksi kelapan, Datuk Abdul Halim Mohammad, 55, berkata, beliau menandatangani surat iringan bertarikh 24 Okt 2016 yang dimajukan kepada KSU KDN (Alwi) berhubung permohonan kelulusan untuk melanjutkan kontrak VLN dan Evisa bagi tempoh enam tahun kepada UKSB.
"Surat iringan ini merupakan rutin yang diurus pejabat menteri bagi pengesahan bahawa surat telah sampai kepada pejabat menteri," kata Abdul Halim iaitu bekas setiausaha politik kepada Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.