KUALA LUMPUR: Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA), Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bagi tempoh selama dua tahun bermula Jun 2024 sehingga Mei 2026 semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT) YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan khususnya Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memantapkan kelestarian pendidikan dan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti sains, sastera, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain secara holistik di samping meningkatkan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyediakan latihan industri serta laluan bagi penempatan pekerjaan yang kompetitif.
Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of lntent) ini ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutif GTA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi; Ketua Eksekutif YLTAT, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Profesor Madya Ir. Dr. Azman Senin yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia.
Menerusi Surat Hasrat (Letter of Intent) ini, GTA, YLTAT dan UniKL bersetuju untuk bekerjasama merangkumi pelbagai skop termasuk:
i. Peluang menjalani latihan industri dan penempatan di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di GTA untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran ATM;
ii. GTA akan menaja elaun bulanan seramai 60 ke 80 orang anak-anak warga dan veteran ATM yang terpilih sepanjang tempoh mereka berada di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di bawah Syarikat Kumpulan Global. GTA juga akan menaja sebahagian elaun bulanan anak-anak warga dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pelajaran di UniKL melalui usahasama trilateral ini;
iii. GTA dan UniKL juga akan merangka dan menyelaras Program Industrial Placement and Training bagi anak-anak warga dan veteran ATM yang terpilih;
iv. UniKL akan menawarkan Program Asasi melalui UniKL Top Achievers Foundation Scholarship (UTAFS) di mana pengecualian yuran akan diberikan kepada anak-anak warga dan veteran ATM yang layak sebagai program perintis bagi tahun 2024 dan kemasukan adalah pada bulan Julai dan September;
v. UniKL juga akan menawarkan peluang pendidikan peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sijil Profesional dan sebagainya kepada anak-anak warga dan veteran ATM serta membantu permohonan pinjaman pendidikan atau biasiswa; dan
vi. YLTAT akan menyediakan calon yang merupakan anak-anak warga dan veteran ATM termasuk pelajar aliran tahfiz secara eksklusif untuk menyambung pengajian di UniKL dan penempatan latihan industri serta
penempatan di bawah Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di GTA.
Kerjasama strategik ini adalah antara usaha menyambut saranan dan usaha kerajaan khususnya Menteri Pertahanan Malaysia dalam melonjak ekosistem pendidikan dan kebajikan serta latihan kemahiran anak-anak warga dan veteran ATM terus terbela. GTA, YLTAT dan UniKL juga komited untuk memastikan penegasan berterusan terhadap kepentingan pendidikan,akses yang saksama terhadap pendidikan
berkualiti tinggi bagi pelbagai lapisan masyarakat serta penyediaan kurikulum yang relevan.
GTA, YLTAT dan UniKL turut mengalu-alukan sokongan dan penyertaan daripada semua pihak termasuk pihak kementerian, agensi-agensi, pemain industri serta institusi berkaitan dalam usaha melaksanakan usaha murni ini.
Astro Awani
Tue May 07 2024

Majlis Menandatangani Surat Hasrat ini ditandatangani Nonee Ashirin Dr. Mohd Nizar dan Dr. Azman Senin yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia. - Gambar MINDEF

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

TVET: Jangan tersekat dengan kelayakan akademik, majikan mahu pekerja mahir – Belia
Masyarakat tidak wajar menyempitkan ruang pendidikan dan perancangan masa depan berasaskan kepada kelayakan akademik semata-mata, sebaliknya meneroka bidang TVET.

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Draf Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 diserah kepada Zambry
Pelan ini disiapkan dalam tempoh sembilan bulan melalui penyelidikan dan sesi libat urus bersama lebih 8,226 pihak berkepentingan.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.