KUALA LUMPUR: Kebanyakan pusat tahfiz di Pulau Pinang tidak mewajibkan pelajarnya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Mohd Fitri Ibrahim.
Justeru, melihat perkembangan membimbangkan itu, YIPP mengambil inisiatif menggerakkan program dikenali sebagai 'fast track' SPM dengan menyasarkan 200 pelajar tahfiz untuk mengambil SPM bermula Julai 2022.
Tambahnya, sehingga kini terdapat 46 buah pusat tahfiz berdaftar di Pulau Pinang namun terdapat lebih banyak pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan anggaran sehingga mencecah 80 buah pusat tahfiz.
“Kebanyakan pusat tahfiz al-Quran ini tidak mewajibkan pelajar untuk menduduki SPM ketika berusia 17 tahun.
“Keadaan ini menyukarkan pelajar-pelajar lepasan institusi tersebut untuk meneruskan pengajian dan mendapatkan peluang pekerjaan yang memerlukan kelulusan minima SPM,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah Mohd Fitri, banyak faktor menjadi punca kepada masalah tersebut antaranya seperti kekurangan dana menggaji tenaga pengajar akademik, sistem pengajian al-Quran yang diterapkan yang tidak boleh dicampur aduk dan pelbagai faktor lain.
"Oleh itu, YIPP memulakan inisiatif melaksanakan program Iltizam Huffaz bagi membantu pelajar ini belajar dan menduduki peperiksaan SPM dengan bimbingan guru pakar.
"Dengan adanya SPM, pelajar tahfiz dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam atau luar negara.
“SPM juga dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar Tahfiz di Pulau Pinang untuk mendapat peluang pekerjaan," ujarnya.
Jelas Mohd Fitri lagi, guru Pakar yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengajar semua pelajar tahfiz itu di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kompleks Darul Hidayah, Kepala Batas.
Antara subjek yang akan diajar dalam program itu termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan bahasa Arab.
Untuk rekod, YIPP merupakan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kawal selia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MANIPP).
Astro Awani
Thu Jun 16 2022

Menurut Mohd Fitri, YIPP memulakan inisiatif melaksanakan program Iltizam Huffaz bagi membantu pelajar ini belajar dan menduduki peperiksaan SPM dengan bimbingan guru pakar. - YIPP
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.

Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.

Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.

Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.

Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.

Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Calon SPM yang terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan kelengkapan peperiksaan akan disediakan oleh JPN.