ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.


1.  Tiada fasiliti, stadium baharu untuk sukan SEA 2027 - Adam Adli

Kerajaan tidak berhasrat untuk membina stadium atau fasiliti sukan yang baharu untuk tujuan sukan SEA 2027, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.



2. TDM sahkan kehilangan dua anggota ketika operasi di Banding, Perak

Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.


3. Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM

Masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi yang melibatkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja serta belia menunjukkan peningkatan dua kali ganda.


4. Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.


5. Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB

Beliau berkata kesalahan itu terletak di bahu pengurusan 1MDB terutama bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.


6. Siasatan kes anggota Palapes UiTM meninggal dunia sudah lengkap

Polis kini hanya menunggu laporan perubatan rasmi termasuk hasil bedah siasat dan makmal daripada pihak hospital sebelum proses tersebut dilakukan.


7. Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM

Isu ini tidak wajar dipolitikkan pembangkang kerana langkah sedemikian bukan perkara baharu dalam menyelesaikan isu pelajar terkandas akibat banjir.


8. Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.


9. Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina

Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


10. Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS - Hakim

Lebih RM45 juta wang tunai telah dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016, kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.