KUALA LUMPUR: Berita baik kepada mahasisiwa di lebih 35 universiti tempatan di seluruh negara.
Kini mereka boleh menikmati data internet secara percuma sehingga 7GB menerusi kerjasama Yayasan YTL dan penyedia internet, YES.
Inisiatif pendidikan Belajar Dari Rumah (LFH) yang dilancarkan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) pada Isnin itu bakal memanfaatkan lebih 420,000 penerima sedia ada dan 120,000 pelajar baharu selama 12 bulan sehingga 30 September 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata, pemberian data percuma itu merupakan usaha pihaknya dalam memberikan pengalaman belajar dalam talian yang lancar dengan pelan sambungan internet yang berpatutan.
“Pandemik COVID-19 telah memaksa kita beralih ke norma baharu, dan sekarang ini kita berada di peringkat pemulihan. Namun, sambungan internet amat diperlukan, jadi kami berbesar hati untuk melanjutkan inisiatif ini bersama-sama Universiti Malaya.
“Kami sangat teruja dengan pelan kompetitif ini, YES mempunyai kadar (internet) terendah dalam industri dengan meneruskan untuk melanjutkan kadar kompetitif kepada pelajar, termasuk memberikan insentif seperti prabayar yang pasti menyeronokkan dan menghiburkan,” katanya pada pelancaran LFH, di sini pada Isnin.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Pengarah Program Yayasan YTL, Datuk Kathleen Chew; Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Dr Sabri Musa.
Dalam pada itu, K Lee menambah, semua kelompok pelajar layak untuk menerima data tersebut agar dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar.
“Selain menitikberatkan pelajar golongon B40, kami turut melihat masih ramai pelajar yang memerlukan sambungan internet yang lebih stabil.
“Jadi, program ini adalah untuk semua dan (pelajar) boleh mendapatkannya secara dalam talian dan segalanya hanya di hujung jari dengan melayari laman web kami,” katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Tue Oct 12 2021

Penyerahan replika 7GB data percuma kepada wakil Pemudahcara Mahasiswa Universiti Malaya, Mashitah Ab Razak. - Gambar Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul
TM dan YES telah persetujuan daripada ahli Lembaga Pengarah mereka dan bersedia menandatangani perjanjian untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.

YES lancar 5G For All, pelan 5G pertama di Malaysia
YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi Yes, melancarkan pelan hebat Yes 5G For All' yang menawarkan kelajuan internet sehingga lebih 665MBPS dengan harga bermula serendah RM58.

Liputan 5G YES, Unifi kini di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur
Rangkaian 5G itu boleh diakses secara terbuka sebagai program perintis menerusi operator rangkaian mudah alih YES dan Unifi.

Yayasan YTL, YES beri data percuma kepada pelajar universiti tempatan
Ia bakal memanfaatkan lebih 420,000 penerima sedia ada dan 120,000 pelajar baharu selama 12 bulan sehingga 30 September 2022.

Capaian 4G Malaysia kalahkan negara maju
Capaian 4G di Malaysia lebih pantas berbanding negara maju seperti New Zealand dan Perancis.

Guru dibenar guna telefon bimbit untuk PdPc - Kamalanathan
Guru-guru boleh menggunakan peranti mereka sebagai salah satu bahan dalam kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di mana ianya membantu dari segi pendidikan pada abad ke-21.