KUALA LUMPUR: Yayasan Albukhary ada memberikan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebanyak RM5 juta dalam bentuk cek dan bukan secara tunai, kata Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Amirudin Nordin.
Saksi ke-96 itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong pada perbicaraan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Amiruddin berkata perkara itu dikesan selepas dia mula menjalankan siasatan sejak Jun 2016 apabila menerima salinan-salinan cek.
Dia kemudian menerima fail dokumen milik Akalbudi pada September 2018.
Bagaimanapun, dia mengakui siasatan terhadap kes pengubahan wang haram itu dijalankan dalam tempoh yang singkat namun perkara itu tidak menjejaskan hasil siasatan.
BACA: Perbicaraan Zahid Hamidi: Tiada dokumen bukti RM26.05 juta sebagai sumbangan - Saksi
Semalam, Pegawai penyiasat Mohd. Fahmee Mohamad Nor berkata, pemilik syarikat pengurup wang, Omar Ali Abdullah ketika disiasat memaklumkan wang itu diterima daripada Yayasan Albukhary namun tidak mengetahui identiti individu yang menyerahkan wang tersebut.
Omar hanya mengambarkan individu-individu yang memberikan wang kepadanya sebagai “berpakaian kemas”.
Harris Ong: Bolehkan anda jelaskan kepada mahkamah adakah terdapat apa-apa dokumen yang menyatakan bahawa sumbangan diterima daripada Yayasan Albukhary?
Mohd Amiruddin: Tiada dokumen tersebut di dalam fail P681 (fail merah jambu) (yang menyatakan) Yayasan Albukhary memberikan sumbangan.
Selain itu, Harris Ong turut bertanyakan kepada Mohd Amiruddin adakah beliau bersetuju dengan cadangan peguam bahawa akaun simpanan tetap dibuat oleh Tetuan Lewis & Co selaku pemegang amanah adalah tanpa arahan orang kena tuduh (Ahmad Zahid).
Menjelaskan perkara itu, Mohd Amiruddin berkata “tidak” kerana Muralidharan yang merupakan rakan kongsi kepada Tetuan Lewis & Co dalam proses rakaman percakapan memberitahu dia menerima arahan daripada Ahmad Zahid untuk mengambil cek-cek tersebut dan dijadikan sebagai simpanan tetap.
Chia Bee, MyEG boleh sumbang terus ke akaun Akalbudi
Harris Ong: Seterusnya yang dikatakan Chia Bee sebagai sumbangan, MyEG sebagai sumbangan, adakah anda tidak bersetuju?
Mohd Amiruddin: Saya tidak setuju, Yang Arif. Ini kerana sekiranya Chia Bee dan MyEG ingin membuat sumbangan ia oleh dilakukan terus ke dalam akaun Yayasan Akalbudi dan tidak memerlukan Tetuan Lewis & Co.
Harris Ong: Soalan peguam bahawa Muralidharan tiada lantikan dibuat adalah satu kebiasaan bagi firma Lewis & Co bagi tujuan keagamaan ataupun charity (kebajikan). Apa yang anda ingin jelaskan?
Mohd Amiruddin: Yang Arif, walaupun Tetuan Lewis & Co tidak dilantikan secara 'appointment letter' atau surat tetapi mengikut penyataan Muralidharan, ianya dilantik secara mulut (verbal).
Saksi ke-97
Sementara itu, pegawai penyiasat SPRM Mohamad Khairi Ibrahim, 29, memberitahu mahkamah bahawa dia ada merakam percakapan bekas Setiausaha Yayasan Akalbudi Idris Kechek berhubung siasatan ke atas yayasan itu.
Mohamad Khairi yang merupakan saksi ke-97 berkata beliau merakam percakapan Idris sebanyak dua kali pada 8 Jun 2018 dan 18 Julai 2018 di Pejabat SPRM, Putrajaya.
Idris telah meninggal dunia pada 2018.
Perbicaraan yang memasuki hari ke-50 hari ini berlangsung di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan bersambung esok.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 10 2021
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Hi-TVET akan terus diperkukuh dengan program berimpak tinggi - Ahmad Zahid
Ini termasuk memilih Melaka sebagai pusat Hi-TVET di UTeM menerusi program kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan robotik.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.
140,000 huffaz cilik bakal lahir menerusi Tabika Pra-Tahfiz Kemas pada 2026 - Ahmad Zahid
Seramai 140,000 kanak-kanak huffaz cilik bakal dilahirkan menerusi Program Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz Kemas.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Pameran produk halal perlu diselaras agar impak meluas - Ahmad Zahid
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai pameran produk halal antaranya MIHAS, Halfest, dan KUD, namun tujuannya hanya satu iaitu memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.
Banjir: Ahmad Zahid seru orang ramai patuhi arahan dan berjaga-jaga
Orang ramai diseru mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Kerajaan akan lihat usaha jangka panjang kaedah penjagaan pokok tua
Kerajaan akan melihat usaha jangka panjang bagi penjagaan pokok khususnya yang telah tua tanpa menggunakan kaedah tebang semata-mata,